Sime Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford) secara rasmi melancarkan tiga varian baharu bagi melengkapkan rangkaian SUV premium mereka iaitu Ford Everest sempena acara Sime Motors Expo 2026.
Pengenalan model baharu ini melibatkan varian Everest Platinum 3.0L V6, Everest Platinum 2.0L, dan Everest Sport 2.0L.

Ford Everest Platinum 3.0L
Varian Platinum tampil eksklusif dengan gril hitam khas, sistem lampu Matrix LED bersama lampu pemanduan siang (DRL) berbentuk C-clamp, serta dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20-inci berserta tayar spesifikasi 255/55 R20.

Ford Everest Interior
Melangkah ke dalam kabin, pemandu dihidangkan dengan skrin sentuh infotainmen gergasi bersaiz 12-inci di konsol tengah yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara lancar.

Ford Everest Flexible Load Space
SUV tujuh tempat duduk ini menawarkan utiliti ruang but yang sangat praktikal bermula daripada 259 liter dan boleh mencecah sehingga 1,818 liter apabila tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata.

Ford Everest Scenic Moonroof
Bagi memberikan suasana pemanduan yang lebih luas dan premium, Ford turut memuatkan ciri bumbung dwi-panel (Dual Panel Sunroof) yang eksklusif untuk varian Platinum.

Ford Everest B +O Speaker
Khas untuk varian tertinggi Everest Platinum 3.0L V6, sistem hiburan jentera ini dipertingkatkan dengan sistem bunyi Bang & Olufsen yang merangkumi konfigurasi 12 pembesar suara bersama subwufer.

Ford Everest Engine
Tumpuan utama adalah enjin 3.0L V6 Turbo Diesel pada varian Platinum yang mampu menghamburkan tork maksimum setinggi 600 Nm. Kuasa ini dihantar ke sistem pacuan empat roda (4×4) menerusi transmisi automatik 10-kelajuan berserta pilihan mod pemanduan.
Berikut adalah senarai harga atas jalan (OTR tanpa insurans) bagi varian Sport 2.0L dan Platinum 3.0L V6:
Semenanjung Malaysia
Ford Everest Sport 2.0L: RM316,888.00
Ford Everest Platinum 3.0L V6: RM430,888.00
Sabah / Sarawak
Ford Everest Sport 2.0L: RM319,888.00
Ford Everest Platinum 3.0L V6: RM433,888.00
Langkawi
Ford Everest Sport 2.0L: RM188,888.00
Ford Everest Platinum 3.0L V6: RM227,888.00
Labuan
Ford Everest Sport 2.0L: RM192,888.00
Ford Everest Platinum 3.0L V6: RM230,888.00
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?