KUALA LUMPUR: Peminat automotif premium bakal menikmati pengalaman luar biasa apabila Sime Motors MotorExpo 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Dewan A, XOX Arena, The Arch Galeries Kuala Lumpur.
Acara anjuran Auto Bavaria bersama Performance Motors Malaysia itu dijangka menjadi pameran automotif terbesar pernah dianjurkan oleh kedua-dua pengedar berkenaan, dengan menghimpunkan pelbagai model terkini daripada BMW, MINI dan BMW Motorrad di bawah satu bumbung.
Lebih menarik, kemasukan adalah percuma dan pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif, tawaran pemilikan istimewa serta sesi pandu uji sepanjang acara berlangsung.
Dengan tema “Kereta dan Motosikal Terbaik. Tawaran Terbaik. Inilah Masanya untuk Memiliki BMW, MINI atau BMW Motorrad Impian Anda”, pameran ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan yang ingin melihat sendiri teknologi terkini, prestasi unggul dan inovasi elektrifikasi daripada BMW Group. Pengunjung bukan sahaja boleh meneroka pelbagai model kenderaan premium, malah berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan dan tunggangan melalui sesi pandu uji yang disediakan.
Menurut pihak penganjur, acara ini merupakan peluang terbaik untuk pelanggan membandingkan pelbagai model BMW, MINI dan BMW Motorrad dalam satu lokasi tanpa perlu mengunjungi bilik pameran yang berbeza.
Jenama BMW bakal menjadi antara tarikan utama sepanjang acara dengan menampilkan pelbagai model daripada segmen sedan mewah, SUV premium, kenderaan elektrik (EV) dan model berprestasi tinggi BMW M.
Antara model yang dijangka menarik perhatian ialah:
Bagi mereka yang merancang untuk memiliki BMW baharu, pelbagai tawaran istimewa turut disediakan termasuk rebat tunai menarik serta pakej pembiayaan fleksibel menerusi BMW Financial Services Malaysia.
BMW X3 30 xDrive M Sport misalnya ditawarkan dengan ansuran bulanan bermula RM3,340 bersama hadiah eksklusif Braun Buffel bernilai RM4,800. Sementara itu, BMW iX1 eDrive20L M Sport pula hadir dengan kadar faedah serendah 1.68 peratus sepanjang tempoh promosi.
MINI pula membawakan rangkaian model yang menggabungkan gaya unik, prestasi menyeronokkan dan teknologi moden.
Antara model yang bakal menjadi tumpuan ialah:
MINI Aceman Electric ditawarkan dengan kadar pembiayaan serendah 0.88 peratus menerusi BMW Financial Services Malaysia.
Selain itu, MINI Paul Smith Edition yang dihasilkan menerusi kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal Britain turut menjadi antara model paling unik yang dipamerkan sepanjang acara.
Pelanggan yang membuat pembelian model MINI sepanjang MotorExpo turut berpeluang menikmati rebat tunai khas, fon kepala SONY bernilai RM1,999 serta pelekat eksklusif MINI sebagai hadiah tambahan.
Bagi peminat motosikal premium, BMW Motorrad turut menyediakan pelbagai model adventure, touring dan prestasi tinggi yang menjadi kebanggaan jenama tersebut.
Tumpuan utama sudah tentu tertumpu kepada pelancaran rasmi BMW F 450 GS, model adventure baharu yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat motosikal di Malaysia.
Pelancaran model tersebut dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 jam 11 pagi sempena Sime Motors MotorExpo 2026. Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat BMW Motorrad The Jahre Edition, model edisi khas terhad yang dihasilkan bagi meraikan 33 tahun kerjasama antara Auto Bavaria dan BMW Motorrad di Malaysia.
Ketua Operasi Auto Bavaria, Wong Loke Win, berkata pameran tersebut merupakan antara acara terbesar yang pernah dianjurkan syarikat itu dengan menghimpunkan keseluruhan ekosistem BMW Group dalam satu platform.
Menurut beliau, acara berkenaan memberi peluang kepada pelanggan untuk meneroka pelbagai model BMW, MINI dan BMW Motorrad dengan lebih mudah selain menikmati tawaran eksklusif yang sukar diperoleh pada waktu lain. Beliau turut menyifatkan Sime Motors MotorExpo 2026 sebagai masa terbaik untuk pelanggan memiliki kenderaan atau motosikal impian mereka menerusi pelbagai pakej pemilikan menarik yang disediakan.
Dengan kehadiran pelbagai model BMW, MINI dan BMW Motorrad terkini, sesi pandu uji, promosi eksklusif serta pelancaran rasmi BMW F 450 GS, Sime Motors MotorExpo 2026 dilihat sebagai antara acara automotif premium terbesar yang wajib dikunjungi tahun ini.
Bagi peminat BMW Group yang sedang mencari kereta atau motosikal baharu, acara yang berlangsung di The Arch Galeries Kuala Lumpur ini menawarkan peluang terbaik untuk melihat sendiri teknologi terkini serta menikmati tawaran istimewa yang hanya tersedia sepanjang pameran berlangsung.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?