Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mencuri tumpuan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan mempersembahkan barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) termaju mereka.
Berpegang kepada falsafah “For Every User. For Every Journey.”, jenama ini secara rasminya mengadakan tontonan eksklusif (preview) bagi dua model penting iaitu GWM HAVAL H7 Hi4 PHEV dan GWM ORA 5 HEV.

Melalui ucapan rasmi Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Encik Roslan Abdullah, kejayaan jenama ini jelas terpancar apabila model GWM WEY G9 Hi4 PHEV berjaya mencatatkan angka jualan luar biasa sebanyak 1,000 unit di pasaran tempatan.
Sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu pasaran domestik, GWM Malaysia secara rasmi melanjutkan program pengenalan awal (early bird) kepada 1,000 pelanggan seterusnya.
Pengenalan kedua-dua model ini mencerminkan komitmen berterusan GWM dalam membina ekosistem mobiliti yang komprehensif di Malaysia, merangkumi segmen pemanduan urban sehinggalah kepada kenderaan gaya hidup lasak.
Langkah strategik ini juga membuktikan keupayaan teknologi hibrid pintar mereka yang semakin matang dan diterima baik oleh pengguna tempatan.

Model pertama yang menjadi tumpuan ialah GWM HAVAL H7 Hi4 PHEV, sebuah SUV yang diletakkan dalam kategori New Energy Urban Off-Road SUV.
Jentera ini membawakan reka bentuk berkotak (boxy) yang ikonik, menggabungkan karakter lasak sebuah SUV dengan elemen gaya hidup moden yang premium.
Di bawah bonetnya, HAVAL H7 dikuasakan oleh teknologi hibrid generasi kedua GWM iaitu Hi4 (Hybrid Intelligent 4WD).
Sistem pacuan empat roda elektrik ini menggunakan konfigurasi dwi-motor yang diasingkan pada gandar hadapan dan belakang, lalu digandingkan bersama enjin hibrid dedicated 1.5L Turbo.
Dikuasakan oleh rangkaian kuasa 1.5T PHEV bersama teknologi hibrid pintar generasi kedua, Hi4 Intelligent Hybrid AWD, yang menghasilkan kuasa maksimum 370 PS dan tork gergasi 750 Nm.
Keupayaan memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat, dilengkapi dengan sistem pacuan empat roda pintar (AWD) dan kunci perbezaan belakang (rear differential lock) untuk kestabilan optimum di pelbagai permukaan jalan.
Menawarkan jarak pemanduan elektrik (EV mode) sepenuhnya sehingga 150 km (kitaran CLTC) dan jarak pemanduan gabungan melebihi 1,000 km, memberikan kebebasan mutlak kepada pemandu untuk meneroka tanpa batasan.
Sistem ini menggunakan susunan pacuan empat roda (AWD) jenis dwi-motor siri-selari yang inovatif pada gandar hadapan dan belakang.
Ia menggabungkan enjin hibrid khas bersama dua motor elektrik berasingan untuk menghasilkan keupayaan pacuan empat roda elektrik yang menyeluruh.
Ini membolehkan pemandu merasai prestasi penuh sebuah pacuan empat roda (AWD) tetapi dengan kadar penjimatan bahan api yang setaraf dengan kenderaan pacuan dua roda (2WD).

Jika HAVAL H7 memfokuskan kepada pemanduan lasak, GWM ORA 5 HEV pula hadir sebagai sebuah crossover urban yang direka untuk memenuhi keperluan estetika dan ketersambungan masyarakat bandar.
Kehadiran ORA 5 menandakan fasa evolusi penting bagi sub-jenama ORA di Malaysia, yang kini berkembang daripada penawaran kenderaan elektrik (EV) tulen kepada ekosistem mobiliti hibrid yang lebih luas.
Model ini turut membawa reputasi tinggi sebagai pemenang anugerah Design of the Year di London Design Awards, sekaligus mengesahkan keunikan reka bentuk pengeluarannya. ORA 5 HEV dikuasakan oleh Teknologi Hibrid Pintar Hi2 yang menjanjikan pemanduan bandar yang pantas, lancar, senyap, dan cekap.

Model ini merupakan pemenang anugerah “Design of the Year” di London Design Awards, yang mengiktiraf kecemerlangan reka bentuk pengeluaran inovatif crossover ini.
Dijana oleh Teknologi Hibrid Pintar Hi2, ia menghasilkan output sistem sebanyak 223 PS dan tork 476 Nm, memberikan karakter pemanduan bandar yang pantas, lancar, senyap, dan cekap. Ia mampu memecut 0-100km/h dalam masa 7.7 saat.
Selain itu, ia juga mencatatkan penggunaan bahan api gabungan serendah 4.4L/100 km dengan jarak pemanduan melebihi 1,100 km.
Paling mengagumkan, model ini memegang gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi penggunaan bahan api terendah untuk SUV hibrid pengeluaran, dengan rekod 3.74L/100 km sepanjang cabaran pemanduan dunia sebenar sejauh 3,004 km merentasi perbandaran utama di China.
Melalui penyelarasan pintar antara enjin, transmisi, dan sistem bateri, teknologi Hi2 memastikan ORA 5 HEV menawarkan kecekapan tenaga tahap tertinggi yang sangat sesuai untuk ekosistem pemanduan harian di Malaysia.
Dengan memperkenalkan HAVAL H7 Hi4 PHEV, mereka menawarkan alternatif yang sangat kuat dalam segmen SUV saiz pertengahan, mencabar model tradisional dengan menawarkan prestasi SUV pacuan 4 roda (AWD) tetapi pada kadar penjimatan bahan api setaraf kenderaan pacuan dua roda (2WD).
Sementara itu, ORA 5 HEV membolehkan GWM menarik minat kelompok pembeli yang masih ragu-ragu untuk beralih sepenuhnya kepada EV bateri (BEV).
Dengan jarak pemanduan melebihi 1,100 km dan pengiktirafan rekod kecekapan dunia, crossover ini bakal menjadi pencabar sengit kepada kenderaan segmen-C hibrid sedia ada di pasaran tempatan.
Ditambah pula dengan pengumuman pencapaian model WEY G9 Hi4 PHEV mereka yang telah pun mencecah jualan 1,000 unit di Malaysia, keyakinan pengguna terhadap teknologi elektrifikasi GWM jelas berada pada tahap yang sangat positif.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?