NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Denza Z9GT Rasmi Dilancar, EV 1,156 PS Sedia Gugat Porsche Taycan!

Denza Z9GT Rasmi Dilancar, EV 1,156 PS Sedia Gugat Porsche Taycan!

Penantian akhirnya berakhir. Hari ini, 15 Julai 2026, jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Denza, secara rasminya melancarkan model flagship mereka, Denza Z9GT, untuk pasaran Malaysia.

Sebagai sebuah kenderaan Grand Tourer (GT) yang menggabungkan kemewahan luar biasa dengan prestasi tahap supercar, model ini hadir untuk memberi saingan sengit kepada nama besar seperti Porsche Taycan.

Denza Z9GT

Bukan sekadar sebuah EV biasa, Z9GT membawa falsafah “Teknologi Memacu Keanggunan” (Technology Drives Elegance) yang bakal mengubah landskap mobiliti premium di jalan raya kita.

Platform & Enjin: Prestasi Tahap Supercar

Denza Z9GT

e3 Tri-motor

Z9GT dibina atas platform e3 yang revolusioner, direka khusus untuk memberikan kuasa maksimum dengan kestabilan yang luar biasa. Sistem Kuasa: Pacuan semua roda (AWD) Tri-motor (tiga motor).

  • Teknologi CTB (Cell-to-Body): Bateri disepadukan ke dalam casis untuk meningkatkan ketegaran, keselamatan dan ruang kabin.
  • Sistem Tri-motor: 3 motor elektrik (1 depan, 2 belakang) dengan kawalan bebas pada setiap roda untuk traksi yang lebih baik.
  • Kawalan Stereng: Rear-wheel steering membolehkan roda belakang membelok sehingga 15 darjah dan memberikan turning radius sangat kecil iaitu 4.62 meter.
  • Kuasa: Menghasilkan 850 kW atau bersamaan dengan 1,156 PS.
  • Tork: 1,210 Nm yang membolehkan pecutan yang sangat responsif.
  • Pecutan: 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat.

Bateri & Pengecasan: Teknologi Paling Pantas

Denza Z9GT

Charging port

Z9GT menyelesaikan masalah kebimbangan pengecasan (charging anxiety) dengan teknologi bateri generasi baharu yang jauh lebih efisien dan selamat.

  • Bateri: Bateri Blade Generasi Kedua 2.0 dengan kapasiti 122.49 kWh.
  • Seni Bina: Menggunakan seni bina voltan tinggi 1,000 V. 
  • Kelajuan Pengecasan: Sokongan teknologi pengecasan kilat yang membolehkan pengecasan 10% hingga 70% dalam masa hanya 5 minit, atau 10% hingga 97% dalam masa 9 minit.
  • Jarak Pemanduan: Sehingga 701 km WLTP (kitaran NEDC).

Reka Bentuk Luaran: Keanggunan Dalam Gerakan

DENZA Z9GT

Denza Z9GT tampil dengan siluet shooting brake yang sangat aerodinamik dan shape waistline berbentuk Z, menggabungkan bentuk sporty yang agresif dengan praktikaliti sebuah GT.Reka bentuknya bukan sahaja untuk dipandang, malah setiap lengkungan direka untuk efisiensi maksimum.

  • Dimensi: Mempunyai panjang keseluruhan kira-kira 5.18 m dan wheelbase sepanjang 3.12 m.
  • Lampu Utama: Menggunakan Dual Line LED yang tajam dan futuristik untuk lampu hadapan.
  • Identiti Visual: Lampu belakang jenis Hourglass dan Meteor Welcome Light di pintu hadapan kereta.
  • Spoiler: Sistem dual tail spoiler (atas dan bawah) yang canggih, di mana spoiler bawah akan terangkat secara automatik apabila kelajuan mencecah 90 km/j.
  • AR Projection Auto Rear Gate: Pijak logo yang dipancarkan pada lantai untuk membuka but belakang secara automatik, dengan suspensi turun bagi memudahkan mengangkat barang.
  • Kemasan Cat: Menggunakan teknologi cat 2K Nano-ceramic Painting yang tidak mudah luntur dan kekuningan, serta menawarkan pilihan warna dua tona iaitu Rime Gold dan Obsidian Black.
  • Rim: Dilengkapi dengan rim aloi 20-inci dan dibalut dengan tayar Continental EcoContact 7 (saiz 255/45R20).

Reka Bentuk Dalaman: Kemewahan Tanpa Kompromi

DENZA Z9GT

Masuk ke dalam kabin, anda akan disambut dengan suasana mewah yang diperhalusi dengan teknologi digital termaju, dengan 3 pilihan warna cabin yang ditawarkan.

  • Susun Atur Skrin: Menampilkan skrin infotainment utama bersaiz 17.3-inci di tengah, dipadankan dengan skrin instrumen pemandu dan hiburan penumpang hadapan bersaiz 13.2-inci.
  • Paparan AR-HUD: Dilengkapi dengan 50-inch Augmented Reality Head-Up Display (AR-HUD) yang memaparkan maklumat pemanduan penting terus pada cermin hadapan pemandu.
  • Tempat Duduk: Pelarasan elektrik 8+4 hala, dilengkapi fungsi pemanas (heating), pengudaraan (ventilation), urutan (massage), memori posisi duduk, dan leg rest elektrik.
  • Sistem Penyaman Udara: Dilengkapi kawalan suhu bebas 4-zon untuk keselesaan peribadi yang optimum bagi setiap penumpang.
  • Bumbung Panoramik: Dilengkapi bumbung kaca panoramik bersaiz 1.98  dengan dual electric sunshades untuk suasana kabin yang lebih luas dan terang.
  • Material: Penggunaan kulit Nappa berkualiti tinggi, kemasan kayu asli, dan material lembut di sekeliling kabin yang memberikan sentuhan eksklusif.
  • Pembesar Suara: Sistem audio premium Devialet dengan 20 pembesar suara untuk pengalaman bunyi tahap konsert.
  • Kemudahan: Dilengkapi peti sejuk dengan fungsi penyejukan dan pemanasan, serta 3 pad pengecas tanpa wayar 50W untuk penumpang.
  • Pintu: Dilengkapi dengan fungsi Penutup Automatik (Soft-close doors) yang senyap dan lembut untuk akses yang lebih eksklusif dan selesa.
  • Ruang Simpanan: But belakang berkapasiti 495 liter dan but hadapan (frunk) 53 liter untuk kepraktisan harian.

Keselamatan: Perlindungan Termaju

Denza Z9GT

Keselamatan menjadi keutamaan dalam setiap aspek pembinaan Z9GT, dengan integrasi teknologi penderia yang terkini untuk melindungi semua penumpang.

  • ADAS: Sistem bantuan pemandu termaju yang berasaskan teknologi LiDAR.
  • Stabiliti: Kawalan dinamik kenderaan (VMC) yang bertindak balas dalam masa 10 milisaat untuk kestabilan maksimum.
  • Sistem Brek: Sistem brek pintar yang bersepadu dengan penderia ADAS untuk mengelak perlanggaran secara automatik.

Kecerdasan & Teknologi Pemanduan

Kelebihan utama Z9GT berbanding pesaingnya adalah keupayaan untuk bergerak lincah walaupun saiznya besar. Teknologi pintarnya memudahkan pemanduan dalam situasi yang mencabar.

  • Pemproses: Menggunakan pemproses 3nm yang sangat berkuasa untuk sistem infotainment yang lancar.
  • Integrasi Digital: Dilengkapi Google Built-in yang membolehkan navigasi Google Maps, kawalan suara melalui Google Assistant, serta akses kepada pelbagai aplikasi di Google Play Store.
  • Digital Rearview Mirror: Cermin pandang belakang digital 2-megapiksel beresolusi tinggi yang menawarkan sudut pandangan 3 kali lebih luas berbanding cermin tradisional.
  • Mod Pintar: Dilengkapi dengan APA (Automatic Parking Assistance), Crab Mode (gerakan sisi), dan Pencil Compass Turn (Mengunci satu tayar hadapan manakala tayar belakang membantu memusingkan kereta untuk manuver di ruang sempit)
  • Suspensi: Sistem DiSUS-A Intelligent Air Body Control yang melaraskan suspensi secara automatik mengikut permukaan jalan.

Harga & Kesimpulan

Denza Z9GT kini boleh dilihat di bilik pameran Denza Premium di seluruh negara bermula esok, 16 Julai 2026.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga jualan rasmi, ia telah ditetapkan pada RM 385,800 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran). Secara keseluruhannya, Denza Z9GT bukan sekadar alternatif kepada jenama EV sedia ada, malah ia adalah penanda aras baharu bagi segmen Grand Tourer.

Bagi memberikan ketenangan fikiran kepada setiap pemilik, Denza turut menawarkan pakej pemilikan menyeluruh yang sangat berbaloi:

​Waranti Kenderaan: 6 tahun atau 150,000km.
​Servis Penyelenggaraan: Percuma selama 6 tahun bernilai RM10,000.
​Waranti Bateri Voltan Tinggi: 8 tahun atau 160,000km.
​Waranti Unit Pacuan: 8 tahun atau 160,000km.
​Hadiah Eksklusif: Sepasang fon telinga ultra-premium edisi khas DENZA bersama Devialet bernilai RM2,000.

Dengan kombinasi kuasa 1,156 PS, teknologi pengecasan 9 minit, dan tahap kemewahan yang tinggi, ia adalah pilihan yang sangat serius bagi sesiapa yang mencari EV tanpa kompromi.

Siti Sarah Abu Kassim

Siti Sarah merupakan Spesialis Naratif & Formula 1 (F1) yang pakar dalam menggarap skrip serta dialog berimpak tinggi. Berbekalkan pemahaman teknikal yang mendalam tentang jentera F1, beliau cemerlang merapatkan jurang antara penceritaan emosi dan analisis sukan permotoran elit sebagai seorang pengacara yang serba boleh.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy