KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 – SAIC Motor Malaysia secara rasmi melancarkan MG ZS serba baharu yang kini dipasang secara tempatan (CKD), dengan dua pilihan tren kuasa iaitu MG ZS 1.5 Turbo dan MG ZS Hybrid+.

MG ZS 1.5 Turbo ditawarkan pada harga RM103,900, manakala MG ZS Hybrid+ berharga RM109,900 untuk Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans.
Bagi pelanggan yang membuat tempahan awal, kedua-dua varian hadir dengan manfaat bernilai RM3,000 serta penyelenggaraan percuma selama lima tahun. Pembeli MG ZS 1.5 Turbo turut boleh menikmati pakej pembiayaan khas bersama Hong Leong Bank dan Bank Rakyat sehingga 31 Disember 2026.
Dari segi luaran, MG ZS menampilkan reka bentuk yang lebih dinamik:




SUV ini ditawarkan dalam empat pilihan warna:

MG ZS mempunyai ukuran panjang 4,430mm dan lebar 1,818mm, selain menawarkan ruang kabin yang dilengkapi 30 ruang penyimpanan.
Di dalam kabin, kedua-dua varian menerima:



Ruang but pula menawarkan kapasiti 443 liter dan boleh diperluaskan sehingga 1,457 liter apabila kerusi belakang dilipat.

Untuk varian petrol, MG ZS 1.5 Turbo menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan sistem suntikan terus yang menghasilkan 170PS dan 275Nm.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT berprestasi tinggi 8-kelajuan dan direka untuk memberikan tindak balas pemanduan yang responsif. Penggunaan bahan api gabungan pula dicatatkan pada 6.9 liter/100km, dengan kapasiti tangki 55 liter.
Bagi mereka yang mahukan pilihan hibrid, MG ZS Hybrid+ menggabungkan enjin petrol empat silinder 1.5 liter kitaran Atkinson bersama motor elektrik 100kW dan bateri NMC berkapasiti 1.83kWh.
Gabungan sistem ini menghasilkan output maksimum 215PS dan 465Nm, serta dipadankan dengan transmisi hibrid khusus tiga kelajuan (DHT).
MG ZS Hybrid+ mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 8.7 saat, dengan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter/100km.
Ia turut mempunyai lapan mod dorongan kuasa, tangki bahan api 41 liter dan jarak pemanduan sehingga 870km. Dalam keadaan pemanduan tertentu, sistem ini juga boleh menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan sehingga 80km/j.
Dari aspek keselamatan, MG ZS menerima penarafan lima bintang ANCAP dan dilengkapi sistem bantuan pemanduan MG PILOT dengan 16 fungsi bantuan pemanduan.
Antara cirinya termasuk Intelligent Headlight Control dan Intelligent Cruise Control. Model ini turut dilengkapi aplikasi MG iSMART yang membolehkan pemilik mengakses serta mengawal fungsi tertentu kenderaan menerusi telefon pintar.
Untuk tiga ribu pelanggan pertama, SAIC Motor Malaysia turut menawarkan waranti kenderaan selama tujuh tahun unlimited milestone, manakala bateri hibrid MG ZS dilindungi selama lapan tahun atau 160,000km.
Unit pandu uji MG ZS kini tersedia di bilik pameran MG di seluruh negara.
Selain itu, MG ZS Hybrid+ turut dipamerkan untuk sesi pandu uji di 1 Utama Shopping Centre dari 29 Oktober hingga 2 November 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?