NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

5000 Unit Terjual, Zeekr Perkenalkan Program Waranti Lanjutan

5000 Unit Terjual, Zeekr Perkenalkan Program Waranti Lanjutan

Zeekr Intelligent Technology Malaysia baru sahaja mengumumkan satu mercu tanda bersejarah apabila berjaya merekodkan serahan kumulatif sebanyak 5,000 unit kenderaan di Malaysia. Pencapaian luar biasa ini bukan sahaja mencerminkan lonjakan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama ini, malah membuktikan bahawa ekosistem mobiliti elektrik bertaraf premium mereka mula mendominasi jalan raya.

Bagi meraikan pencapaian gergasi ini, Zeekr Malaysia tidak sekadar melancarkan kempen keraian biasa. Zeekr telah mengaktifkan siri inisiatif pemilikan yang merangkumi peluasan waranti, kemudahan pengecasan ultra-pantas, dan pemeriksaan percuma bagi menjamin keyakinan jangka panjang pemilik.

Program Waranti Lanjutan Zeekr (Sehingga 8 Tahun)

Bersempena dengan pencapaian ini, Zeekr Malaysia secara rasminya memperkenalkan Program Waranti Lanjutan (Extended Warranty Programme) untuk memastikan resale value yang tinggi dan ketenangan minda pemilik

  • Program ini terbuka kepada pemilik baharu Zeekr dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kenderaan diserahkan.

  • Pemilik sedia ada juga diberikan peluang untuk melanggan pelan perlindungan ini sehingga 30 September 2026.

  • Pelan Perak (Silver Plan): Melanjutkan Waranti Kenderaan dan Waranti Komponen Voltan Tinggi sehingga 8 tahun atau 160,000 km.

  • Pelan Emas (Gold Plan): Melanjutkan Waranti Kenderaan dan Waranti Komponen Voltan Tinggi sehingga 8 tahun atau 180,000 km.

  • Segala proses pembaikan akan dikendalikan menggunakan alat ganti tulen oleh tenaga pakar di Pusat Servis Zeekr bertauliah di seluruh negara.

Selain itu, pihak Zeekr turut menawarkan Pemeriksaan Kesihatan Kenderaan Elektrik secara percuma sehingga 30 September 2026. Pemeriksaan komprehensif ini merangkumi pengujian ke atas komponen berikut:

  • Sistem Bateri Kuasa
  • Trenkuasa Elektrik
  • Sistem BCM
  • komponen bawah kenderaan (undercarriage)
  • Bateri Voltan Rendah.

Pelancaran Zeekr Power: Infrastruktur Pengecas 400kW Bersama DC Handal

Satu kenderaan premium tidak akan lengkap tanpa ekosistem pengecasan yang setara. Oleh itu, syarikat ini telah melancarkan Zeekr Power, sebuah infrastruktur pengecasan yang direka untuk kelancaran perjalanan rentas negeri.

Zeekr Malaysia mensasarkan pembinaan 30 stesen pengecasan Zeekr Power di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang. Lebih ekstrem, melalui jalinan kerjasama strategik bersama DC Handal, pemilik kini boleh mengakses rangkaian pengecas ultra-pantas berkapasiti sehingga 400kW di sepanjang koridor Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pengecas gergasi (berkapasiti 1.2MW) ini turut mempunyai potensi untuk menyokong pengecasan sehingga tahap 640kW pada masa hadapan.

Lokasi rangkaian Zeekr Power x DC Handal termasuklah:

  • Amanjaya Mall (Sungai Petani, Kedah).

  • Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang).

  • MH Hotel (Ipoh, Perak).

  • Sunway Pyramid Mall (Petaling Jaya).

  • Plaza Tol PLUS Sungkai, Perak (Sedang dalam pembinaan, dijangka siap Suku Keempat).

  • Plaza Tol PLUS Bukit Gambir, Johor (Sedang dalam pembinaan, dijangka siap Suku Keempat).

Sebagai nilai tambah eksklusif, pemilik Zeekr kini menikmati kadar caj DC yang cukup kompetitif iaitu pada harga RM1.20/kWh di semua stesen Zeekr Power x DC Handal yang mengambil bahagian.

Pencapaian 5,000 unit serahan dalam tempoh kurang daripada dua tahun sejak pelancarannya adalah satu tamparan hebat kepada pesaing EV di Malaysia. Dengan pelaburan agresif dalam infrastruktur Zeekr Power dan komitmen terhadap jaminan penyelenggaraan alat ganti tulen, jenama ini telah mematikan terus segala kerisauan pemilikan (range anxiety dan kos pembaikan) yang sering membelenggu pembeli kenderaan elektrik tempatan.

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy