NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bawa 7 Penumpang Tapi Pecut 0-100km/j Dalam 4.2 Saat? Volvo EX90 Bakal Tiba Untuk ‘Tapau’ Sports Car Korang!

Bawa 7 Penumpang Tapi Pecut 0-100km/j Dalam 4.2 Saat? Volvo EX90 Bakal Tiba Untuk ‘Tapau’ Sports Car Korang!

Beli SUV besar selalunya sinonim dengan gaya pemanduan santai ala “bapa-bapa penyayang”. Tapi macam mana kalau “bas sekolah” yang bawa anak bini ni sebenarnya boleh buat sports car korang nampak macam kura-kura kat traffic light?

Volvo Car Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa SUV flagship 7-tempat duduk elektrik sepenuhnya, Volvo EX90, sedang bersiap sedia untuk mendefinisikan semula jalan raya Malaysia tidak lama lagi. Dengar macam kereta keluarga biasa, tapi spesifikasi yang bakal dibawa masuk ni langsung tak masuk akal untuk saiz badak macam ni!

Jangan main-main dengan kejuruteraan Sweden ni. Mari kita bedah data teknikal model yang bakal tiba ni:

  • Berbekalkan seni bina 800V yang canggih, trenkuasa Twin Motor All-Wheel-Drive EX90 ni memuntahkan 680 kuasa kuda (hp) dan tork gila sebanyak 870 Nm.

  • Hasil letusan kuasa ni membolehkan SUV gergasi ni memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.2 saat sahaja!

  • Paling penting, segala prestasi brutal ni disalurkan tanpa mengganggu ketenangan dan kesenyapan di dalam kabin.

Otak Geliga & Keselamatan Tanpa Kompromi 

Kelajuan tanpa kawalan ibarat menempah maut. Sebab tu Volvo padatkan model terbaharu ni dengan pelbagai ciri pintar.

  • Kereta ini bakal dilengkapkan dengan perisai “Safe Space Technology.

  • Ia dipacu oleh satu komputer teras yang menjamin keselamatan aktif yang luar biasa sewaktu pemanduan.

  • Di bahagian dalam, sistem penderiaan intuitif direka untuk membaca persekitaran kabin secara berterusan, dan hanya akan campur tangan apabila benar-benar diperlukan demi ketenangan mutlak penumpang.

Macam bos kita, Nazz Abdullah selalu tekankan dalam setiap ulasan Drama Kereta—sebuah kenderaan moden bukan sekadar dinilai pada kelajuan, tapi sejauh mana teknologi itu mampu berfikir untuk menyelamatkan nyawa anda sebelum kemalangan terjadi.

EX90 ini juga dibina dengan falsafah memandang ke hadapan, di mana kemas kini perisian secara over-the-air (OTA) membolehkan kereta ini sentiasa berevolusi dan secara harfiahnya menjadi lebih baik dari hari ke hari bersama pemiliknya.

“Korang sanggup bayar ansuran berdarah beli sports car sempit yang bunyinya je bising, tapi realitinya bila EX90 ni rasmi masuk Malaysia nanti, korang berpotensi kena sidai dengan SUV 7-tempat duduk yang tengah bawa budak balik sekolah di lorong kanan lebuh raya. Nak letak muka kat mana bro?”

Walaupun tayar EX90 belum rasmi memijak aspal negara kita, Volvo Car Malaysia kini sedang membuka pendaftaran minat kepada orang ramai. Bagi pembeli automotif mewah yang berani buat keputusan pantas, 100 pelanggan pertama yang meletakkan tempahan akan dibalas dengan ganjaran istimewa. Kalau tak nak terlepas peluang untuk jadi perintis jalanan yang laju dan selamat bila ia dilancarkan nanti, boleh terus daftarkan minat di laman web rasmi mereka.

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy