Tayar SUV Grabber HT6 membawa satu evolusi kejuruteraan yang amat dinantikan oleh pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia. Pemilik kenderaan bersaiz besar sering berhadapan dengan kompromi yang sukar. Anda perlukan tayar yang cukup kuat untuk menampung berat kenderaan tetapi pada masa yang sama anda mahukan keselesaan seperti memandu sebuah sedan mewah. Untuk merungkai persoalan ini Nazz Abdullah telah mengambil inisiatif menguji sendiri tayar kelas Highway Terrain ini dengan memandu Honda CRV 2.0 eHEV merentasi perjalanan dari Rayong ke Pattaya di Thailand.
Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita lihat kedudukan jenama General Tire. Ramai yang mungkin skeptikal dengan jenama alternatif tetapi hakikatnya General Tire adalah jenama yang bernaung terus di bawah jenama premium Jerman iaitu Continental. Secara objektifnya General Tire menawarkan produk bernilai tinggi manakala Continental kekal sebagai produk premium. Apa yang pembeli dapat melalui Tayar SUV Grabber HT6 ini adalah teknologi dan magis kejuruteraan Jerman yang diubah suai khusus untuk berhadapan dengan jalan raya di Asia Tenggara. Anda mendapat kualiti kelas pertama tanpa perlu membayar harga kayangan.
Ujian pemanduan bermula di lebuh raya Thailand dan jalan bandar yang agak beralun. Bagi sebuah kenderaan hibrid seperti CRV enjinnya sudah sedia senyap jadi sebarang bunyi putaran tayar akan mudah meresap masuk ke dalam kabin. Namun prestasi Tayar SUV Grabber HT6 ini sangat mengejutkan. Ia direka khusus untuk memberikan tahap keselesaan dan pengendalian terbaik bagi tayar kelas Highway Terrain.
Rahsia di sebalik pemanduan yang senyap dan selesa ini terletak pada corak bunganya. Jurutera mereka bentuk tayar ini dengan geometri blok yang seragam bersama variasi kekerasan yang rendah. Susunan teknikal ini digabungkan dengan rekaan bahu tayar yang tertutup di kedua belah sisi. Hasilnya ia sangat berkesan mengganggu aliran udara dan memecahkan gelombang bunyi bising untuk memberikan anda satu perjalanan yang sangat senyap. Interaksi blok bunga tayar dengan permukaan jalan menjadi sangat lancar. Penumpang di belakang pasti boleh berehat dengan selesa sepanjang perjalanan jauh.

Semasa ujian ini dijalankan cuaca baru sahaja lepas hujan dan permukaan jalan agak basah dan licin. Di sinilah Tayar SUV Grabber HT6 menunjukkan taringnya yang sebenar. Ia menawarkan kawalan dan prestasi membrek yang sangat luar biasa di atas permukaan jalan yang basah dan licin.
Teknologi ini dikuasakan oleh jumlah potongan halus atau sipes yang sangat banyak pada permukaan tayar. Sipes bersebelahan ini berfungsi seperti saluran mikro yang akan menolak dan mengalirkan air keluar dari alur utama tayar dengan sangat berkesan. Semasa mengambil selekoh pada jalan basah di Pattaya cengkaman tayar terasa sangat meyakinkan dan kenderaan tidak membuang langsung. Jarak membrek juga terasa sangat pendek lantas memberikan keyakinan penuh kepada pemandu.

Pelaburan membeli tayar haruslah setimpal dengan jangka hayat penggunaannya. Tayar SUV Grabber HT6 dibina dengan cukup lasak untuk bertahan lebih lama. Ia menawarkan jangka hayat tayar yang dipanjangkan serta perlindungan daripada kerosakan kehausan harian. Sama seperti versi hibrid All Terrain tayar ini juga dilengkapi sistem penolak batu di mana rekaannya memastikan batu kerikil ditolak keluar dari alur tayar. Potongan melintang pada tayar pula menghalang alur luar daripada melengkung ke dalam ketika brek ditekan secara mengejut.
Satu lagi ciri memukau yang tidak ada pada pesaing lain adalah teknologi VMT atau Visual Monitor Technology. Tayar ini mempunyai penunjuk pintar yang memberikan maklum balas visual kepada pemandu mengenai tahap kehausan bunga tayar dan penjajaran roda. Penunjuk ini akan mengingatkan pemandu bila masa yang sesuai untuk menukar tayar baharu di samping memastikan penjajaran roda sentiasa sekata. Ini adalah satu wow fact yang sangat membantu pemilik SUV yang sentiasa sibuk.

Berdasarkan analisis pemanduan dunia sebenar Nazz Abdullah merumuskan bahawa Tayar SUV Grabber HT6 adalah satu jawapan tepat bagi keluarga moden. Jika 90 peratus masa anda dihabiskan di atas lebuh raya dan jalan bandar ini adalah pelaburan paling berbaloi.
Anda tidak perlu lagi berbelanja besar untuk jenama mewah semata mata mencari kesenyapan dan keselamatan ketika hujan. Tayar SUV Grabber HT6 membuktikan bahawa dengan teknologi sokongan Continental anda boleh memiliki sebuah kenderaan yang senyap selesa dan selamat pada harga yang sangat luar biasa. Tiba masanya untuk memandu dengan lebih bijak.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?