Untuk JETOUR T2 Dark Warrior Limited Edition, hanya 69 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka ke-69.
JETOUR menawarkan harga jualan versi Dark Warrior ialah RM167,600.


JETOUR T2 Dark Warrior masih menggunakan spesifikasi asas T2 yang sama:
Jadi apa yang kita dapat untuk tambahan RM10,800?
JETOUR memberikan pakej aksesori rasmi Dark Warrior yang terdiri daripada:

Grille
Modular Side Ladder
Roof Rack

Emblem

Side Hanging Plate
Kemudian ada pula kemasan luaran matte black, rel bumbung hitam, logo JETOUR dan emblem T2 berkemasan hitam serta angkup brek merah.
Dan inilah bahagian yang menarik.
Kalau anda memang jenis pemilik yang akan membeli aksesori seperti roof rack, side step atau grille selepas membeli kereta, pakej ini mungkin lebih mudah untuk diterima.
Eksklusiviti. Hanya 69 Dark Warrior unit akan ditawarkan di Malaysia bersempena dengan kemerdekaan Malaysia yang ke 69.
Anda boleh tukar grille. Boleh beli roof rack. Boleh pasang side step. Boleh tukar emblem.
Tetapi anda tidak boleh pergi ke kedai aksesori dan beli sesuatu yang menjadikan T2 anda salah satu daripada hanya 69 unit yang ditawarkan secara rasmi untuk edisi ini.
Walaupun Dark Warrior lebih menekankan penampilan, ia masih datang dengan spesifikasi T2 yang agak serius.
Untuk keselamatan, T2 mempunyai Level 2 Advanced Driver Assistance Systems, enam beg udara SRS dan sistem Panoramic View Monitoring.
Model ini juga telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.
Jadi sekurang-kurangnya, anda bukan membeli sebuah kereta yang hanya kelihatan lasak.
Di sebalik semua aksesori hitam dan angkup brek merah itu, masih ada sebuah SUV dengan enjin 2.0-litre turbo, 375 Nm dan sistem Intelligent XWD.
Dan itu mungkin sebenarnya kekuatan T2 Dark Warrior.
Ia nampak seperti kereta yang dibina untuk adventure, tetapi masih boleh digunakan setiap hari.

Satu lagi perkara yang agak mudah terlepas pandang apabila melihat harga RM167,600 ialah pakej pemilikan yang diberikan bersama.
JETOUR menawarkan lima kali penyelenggaraan percuma, waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000 km, serta waranti rangkaian kuasa selama 10 tahun atau 1,000,000 km, tertakluk kepada mana-mana yang terdahulu.
Untuk sebuah SUV yang berada dalam julat harga ini, tempoh waranti memang menjadi sebahagian daripada cerita.
Sebab bila kita membeli kereta, kita sebenarnya bukan sekadar membayar harga atas kertas.
Kita juga membeli ketenangan fikiran untuk beberapa tahun akan datang.
Pakej aksesori Dark Warrior pula dilindungi dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km.
Anda mendapatkan sebuah T2 dengan penampilan yang lebih agresif, pakej rasmi daripada JETOUR dan sesuatu yang agak sukar ditiru — hanya 69 unit di Malaysia.
Dan untuk pemilik yang memang mahukan kereta yang kelihatan sedikit berbeza daripada T2 biasa, itu mungkin sudah cukup untuk membuatkan tambahan RM10,800 terasa berbaloi.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?