NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Atlantis Automobili Kini ‘Tuan Rumah’ Baru Maserati Di Malaysia!

Atlantis Automobili Kini ‘Tuan Rumah’ Baru Maserati Di Malaysia!

KUALA LUMPUR – Bermula 19 Mei 2026, jenama automotif ikonik dari Itali, Maserati, dah sah bertukar tangan pengedar di Malaysia. Tugas pengimport dan pengedar rasmi kini digalas sepenuhnya oleh Atlantis Automobili Sdn. Bhd..

Bagi yang risau macam mana nasib pemilik Maserati sekarang, tak payah pening-pening. Atlantis Automobili akan ambil alih seratus peratus segala operasi—dari jualan kereta baru, servis lepas jualan (aftersales), sampailah ke penjagaan pelanggan.

Logo Trident Ikonik Maserati

Tahun 2026 ni memang tahun yang agak besar buat Maserati sebab tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 penciptaan logo ‘Trident’ (tiga serampang) yang popular itu

Bersempena dengan ulang tahun ini, Dato’ Douglas Cheng Heng Lee selaku Pengarah Eksekutif Atlantis Automobili bagi jaminan yang owner sedia ada takkan rasa terabai. Fokus utama Maserati sekarang adalah untuk memastikan pengalaman pemilikan kenderaaan kekal lancar tanpa gangguan.

Kalau nak usha kereta atau perlukan servis, korang boleh singgah di RS-G-02, Rhapsody Square, TREC 438, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur terbuka untuk showroom dan pusat servis sementara Maserati untuk pengunjung yang ingin melihat model-model Maserati.

Untuk servis teknikal dan aftersales, pemilik Maserati boleh pergi ke  30, Jalan Pengacara U1/48, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam, Selangor.

Kalau ada apa-apa masalah atau nak update info, andaboleh terus hubungi talian hotline Maserati di talian +603 2110 2660 atau hantarkan emel ke contact@atlantismotor.com.my.

Kesimpulan

Pendek kata, langkah ini adalah satu permulaan baru yang sangat meyakinkan. Atlantis Automobili ni bernaung di bawah Atlantis Motor Group, sebuah syarikat serantau yang memang dah masak dengan industri automotif selama berpuluh tahun. Jadi, dorang memang faham sangat standard kayangan yang diwajibkan untuk jenama sebesar Maserati.

Kepada semua owner Maserati di Malaysia, korang boleh tarik nafas lega. Korang kini berada di tangan yang betul untuk jangka masa yang panjang!

Gallery

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy