NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda City Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan, Dapat Rekaan Lebih Sporty & Ciri Baharu

Honda City Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan, Dapat Rekaan Lebih Sporty & Ciri Baharu

PETALING JAYA, 27 Ogos 2026 – Honda Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk Honda City baharu, dengan sedan segmen-B popular itu sekarang updated dari segi reka bentuk, teknologi dan ciri kemudahan untuk memenuhi keperluan generasi baharu pemandu bandar.

Model baharu ini hadir dengan penampilan yang lebih sporty dan distinctive, selain mengekalkan ciri utama Honda City dari segi prestasi, kecekapan bahan api dan praktikaliti harian yang menjadi antara tarikan model tersebut dalam pasaran Malaysia.

Honda City e RS kini dilengkapi dengan update seperti :

  • 10-inch Display Audio
  • Multi-View Camera System dengan paparan 360°
  • Blind Spot Information with Cross Traffic Monitoring System.

Sistem kamera 360° memberikan pandangan yang lebih menyeluruh terhadap keadaan di sekeliling kenderaan, terutama ketika melakukan manuver di ruang yang sempit. Sistem Blind Spot Information with Cross Traffic Monitoring pula membantu memberi amaran kepada pemandu sekiranya terdapat kenderaan di kawasan blind spot ketika menukar lorong.

Dari segi reka bentuk, Honda City baharu menampilkan bahagian hadapan yang lebih menyerlah menerusi Integrated Headlight Design dengan full-width light bar yang memberikan identiti visual baharu kepada model tersebut. Rekaan muka hadapan turut diperbaharui dengan elemen yang lebih sporty, termasuk penggunaan air curtains buat kali pertama pada model City untuk menghasilkan penampilan yang lebih lebar dan dinamik.

Bahagian belakang turut menerima kemas kini dengan elemen reka bentuk yang lebih sporty, namun masih mengekalkan bentuk silhouette Honda City yang dikenali. Untuk varian RS, penampilan tersebut diperkukuhkan dengan rim aloi 16-inci jenis milled dalam kemasan dua tona Berlina Black dan Dark Clear.

Honda City baharu masih menawarkan pilihan rangkaian kuasa petrol dan hybrid. Bagi mereka yang mahukan sistem elektrifikasi, varian 1.5L e menggunakan motor elektrik yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm, dipadankan dengan Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT).

Sistem e tersebut menggabungkan tiga mod pemanduan iaitu EV, Hybrid dan Engine Drive yang beroperasi secara automatik mengikut keadaan pemanduan. Honda menyatakan sistem ini direka untuk memberikan respons yang baik serta kecekapan bahan api ketika digunakan dalam keadaan trafik bandar yang kerap berhenti dan bergerak, selain ketika perjalanan lebih jauh di lebuh raya.

Bagi pilihan petrol pula, enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dengan fokus kepada pecutan yang lancar dan responsif untuk kegunaan harian.

Dari aspek keselamatan, Honda SENSING terus ditawarkan sebagai ciri standard untuk semua varian. Sistem bantuan pemanduan tersebut merangkumi Lane Departure Warning, Road Departure Mitigation, Lane Keep Assist System, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Auto High Beam, Adaptive Cruise Control, Low Speed Follow dan Lead Car Departure Notification.

Honda Malaysia turut menawarkan RM3,000 Early Bird Reward sempena kempen pre-booking untuk pelanggan yang membuat tempahan antara 27 Ogos hingga 30 September 2026, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempahan Honda City baharu kini dibuka secara dalam talian melalui platform pre-booking Honda Malaysia serta di semua pengedar Honda yang sah di seluruh negara. Pelanggan turut boleh mendapatkan maklumat melalui aplikasi HondaTouch.

Buat masa ini, Honda Malaysia belum menyatakan harga jualan rasmi Honda City baharu. Namun, dengan kemas kini reka bentuk, tambahan ciri teknologi dan penawaran RM3,000 Early Bird Reward, Honda City baharu kini cuba mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pilihan sedan segmen-B untuk generasi pemandu bandar yang semakin mahukan lebih banyak teknologi dan kemudahan dalam kereta harian mereka.

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy