KUALA LUMPUR, 29 September 2026 – Chery Malaysia hari ini memberikan pratonton pertama Chery TIGGO CROSS Sport Edition, ahli baharu dalam keluarga TIGGO CROSS yang membawa pendekatan lebih sporty kepada SUV tersebut.
Menurut Chery Malaysia, edisi khas ini hadir sebagai sebahagian daripada usaha jenama tersebut untuk menerapkan semangat kesukanan ke dalam barisan kenderaannya, selari dengan penglibatannya dalam beberapa aktiviti dan acara sukan di Malaysia.
Dari segi penampilan, TIGGO CROSS Sport Edition menerima beberapa perubahan pada bahagian luaran, termasuk penggunaan front lip aerodinamik di bahagian hadapan serta elemen kemasan belakang yang lebih sporty.
Menurut Chery, perubahan tersebut memberikan TIGGO CROSS Sport Edition penampilan yang lebih dinamik dan menyerlah berbanding model standard.
Bagaimanapun, Chery Malaysia masih belum mendedahkan secara terperinci spesifikasi penuh bagi Sport Edition ini.
Buat masa ini, syarikat mengesahkan bahawa TIGGO CROSS Sport Edition akan ditawarkan secara eksklusif dalam varian Turbo pada peringkat awal, manakala maklumat lanjut mengenai model tersebut akan diumumkan ketika pelancarannya pada bulan hadapan.
Menariknya, pengenalan model ini turut dikaitkan dengan sambutan ulang tahun ke-10 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Chery Malaysia turut mengumumkan bahawa hadiah bagi Legenda Musim 18 Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia akan dinaik taraf kepada sebuah Chery TIGGO CROSS Sport Edition.
Langkah tersebut hadir selepas Chery Malaysia dilantik sebagai rakan automotif rasmi bagi MPL Malaysia Musim 18, selain penglibatannya sebagai rakan mobiliti rasmi KL Women Running Festival.
Dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada bulan hadapan, lebih banyak maklumat mengenai harga, spesifikasi lengkap serta ciri-ciri tambahan TIGGO CROSS Sport Edition dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Buat masa ini, Chery Malaysia masih belum mendedahkan harga rasmi atau butiran teknikal penuh bagi edisi tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?