Pertengahan Disember ini bakal mencatat satu lagi sejarah besar untuk landskap pengangkutan darat Malaysia! Perjalanan sejauh 523 kilometer merentasi Banjaran Titiwangsa yang selalunya memakan masa berjam-jam (dan menguji kesabaran hadap jammed di Karak), kini bakal bertukar menjadi pengalaman yang pantas, lancar, dan ekonomik dengan bermulanya operasi komersial Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Persoalan utama yang semua orang nak tahu: Berapa harga tiket?
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah mengesahkan bahawa kerajaan sudah pun meluluskan mekanisme penetapan harga dinamik pada 16 Oktober lalu. Ini bermakna, harga tiket diselaraskan secara strategik berdasarkan permintaan dan jenis servis.
Berikut adalah Wow Facts Struktur Tambang ECRL (Kelas Ekonomi) yang wajib anda tahu: 👇
Gombak 📍 ke Kota Bharu 🏁 (523 km):
Servis Transit: Bermula dari RM125
Servis Ekspres: Bermula dari RM147
Gombak 📍 ke Kuala Terengganu 🏖️:
Servis Transit: Bermula dari RM95
Servis Ekspres: Bermula dari RM110
Gombak 📍 ke KotaSAS 🏙️:
Servis Transit: Bermula dari RM60
Servis Ekspres: Bermula dari RM68
Menarik, kan? Dengan harga permulaan serendah RM125 untuk merentas sejauh 523 kilometer, tambang ini dilihat sangat kompetitif jika dibandingkan dengan kos minyak, tol, dan kos wear and tear kenderaan anda.

Seperti yang selalu ditekankan oleh Nazz Abdullah, pelaburan dalam infrastruktur pengangkutan yang efisien bukan sekadar memendekkan masa perjalanan, tetapi ia adalah pemangkin utama untuk melonjakkan nilai ekonomi dan gaya hidup setempat. Pilihan servis Transit (berhenti di banyak stesen) atau Ekspres (lebih laju, kurang hentian) juga memberikan fleksibiliti mutlak kepada pengguna mengikut bajet dan masa masing-masing.
Persoalannya sekarang, adakah ini akan mengubah cara kita pulang ke Pantai Timur selamanya? Tak sabar rasanya nak tunggu team siri Terpaling Travel turun padang buat review penuh bila ECRL ni rasmi nanti!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?