Proton e.MAS kini mengajak rakyat Malaysia untuk membayangkan masa depan mobiliti elektrik menerusi pertandingan e.MAS Impianku (My Dream e.MAS), yang memberi peluang kepada peserta mereka bentuk Proton e.MAS impian mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menariknya, rekaan yang dipilih sebagai pemenang bukan sekadar dipaparkan secara digital, sebaliknya akan direalisasikan dalam bentuk barangan koleksi peribadi menggunakan teknologi cetakan 3D.
Pertandingan peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 19 Oktober hingga 30 November 2026 itu menggabungkan teknologi AI, kreativiti dan penyertaan orang ramai bagi mendapatkan idea serta pandangan rakyat Malaysia mengenai reka bentuk, ciri dan teknologi yang ingin mereka lihat pada kenderaan elektrik masa hadapan.
Menurut Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), inisiatif tersebut turut menjadi platform untuk Proton e.MAS memahami dengan lebih dekat cita rasa serta keperluan pengguna terhadap masa depan mobiliti elektrik.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata pertandingan itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia membayangkan EV impian mereka dengan cara yang kreatif, termasuk melalui penggunaan AI untuk menghasilkan reka bentuk yang unik.
Pertandingan ini terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia. Peserta boleh menyertai pertandingan melalui empat langkah mudah berikut:
Semua rekaan yang memenuhi syarat akan dipaparkan dalam galeri digital untuk tontonan dan undian orang ramai dari 5 hingga 13 Disember 2026. Sebanyak 20 rekaan dengan undian tertinggi akan disenarai pendek untuk penilaian akhir.
Lapan pemenang akan diumumkan pada acara rasmi PRO-NET pada Januari 2027. Tiga pemenang utama akan menerima model 3D berukuran 10 inci berdasarkan rekaan masing-masing, manakala lima pemenang saguhati akan menerima model miniatur 3D eksklusif.
Selain kategori terbuka kepada orang awam, Proton e.MAS turut memperkenalkan e.MAS Impianku University Students Edition, yang memberi peluang kepada golongan mahasiswa untuk mengetengahkan idea mereka mengenai masa depan mobiliti elektrik.
Pertandingan edisi universiti ini juga berlangsung dari 19 Oktober hingga 30 November 2026 dan terbuka kepada pelajar berumur 18 tahun ke atas yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia.
Bagaimanapun, pemilihan pemenang bagi kategori universiti berbeza daripada kategori terbuka kerana ia akan dilakukan sepenuhnya oleh panel juri tanpa melibatkan undian orang ramai.
Tiga pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai, dengan pemenang tempat pertama membawa pulang RM1,000, tempat kedua RM600 dan tempat ketiga RM400.
Sebanyak 12 pemenang Anugerah Kreativiti pula akan menerima barangan eksklusif Proton e.MAS.
Walaupun peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan pelbagai rekaan kreatif, Proton e.MAS menjelaskan bahawa semua rekaan yang dihasilkan dalam pertandingan ini hanyalah konsep idea kreatif.
Ini bermakna rekaan yang dihantar tidak menggambarkan mana-mana model Proton e.MAS yang telah disahkan untuk pengeluaran pada masa hadapan.
Dengan pertandingan ini, Proton e.MAS bukan sahaja mahu melihat sejauh mana AI boleh digunakan dalam menghasilkan reka bentuk automotif, tetapi juga mendapatkan gambaran tentang bagaimana rakyat Malaysia membayangkan kenderaan elektrik yang sesuai dengan gaya hidup, keperluan dan cita rasa mereka.
Bagi yang berminat untuk mencuba, penyertaan e.MAS Impianku dibuka sehingga 30 November 2026, jam 11.59 malam menerusi laman web rasmi pertandingan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?