Selepas memperkenalkan PROTON S70 dan varian S70 Lite, PROTON kini membawa sedan popularnya ke fasa seterusnya menerusi pengenalan 2027 PROTON S70 RS. Model yang menerima identiti baharu ini tampil dengan reka bentuk lebih berani, ruang kabin lebih sporty serta karakter pemanduan yang masih mengekalkan DNA prestasi S70.
Jika S70 Lite dan varian S70 sedia ada memperluaskan pilihan dalam rangkaian sedan ini, S70 RS pula hadir dengan pendekatan lebih menonjol dari segi penampilan. Nama RS membawa maksud Refined Sportiness, selari dengan tema “Performance with Style” yang menjadi asas kepada kemas kini model ini.
Antara perubahan utama yang diperkenalkan pada 2027 PROTON S70 RS termasuk:
Bahagian luaran



Ruang kabin




Dari segi prestasi, S70 RS masih menggunakan enjin i-GT 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT). Gabungan rangkaian kuasa ini membolehkan sedan tersebut memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat, sambil mengekalkan kepraktisan untuk kegunaan harian.
Menariknya, PROTON turut merancang untuk memperkenalkan S70 RS dengan lebih dekat menerusi acara line-off reveal yang akan digabungkan dengan pertunjukan fesyen hasil kerjasama bersama seorang pereka fesyen tempatan terkenal pada 10 November 2026, jam 8 malam.
Acara tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial rasmi PROTON.
Pelancaran rasmi model ini akan menyusul, dengan PROTON bakal berkongsi lebih banyak maklumat mengenai reka bentuk, ciri dan karakter pemanduannya menjelang pelancaran tersebut.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?