Saya tak menyangka Ferrari 296 boleh menjadi cantik seperti ini. Ya 296 versi Spider iaitu Ferrari 296 GTS adalah Ferrari moden paling seksi bagi saya. Jika kita lihat kembali 296 versi GTB (Grand Tourismo Belinetta) reka bentuknya amat sederhana, yang mana bahagian hadapannya tidak banyak garisan-garisan yang bergeometri ekstrem, sangat simple dan ringkas.
Tapi bila pertama kali saya lihat versi Spider (GTS) sewaktu perlancarannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 6 Julai 2022, ianya seolah-olah menjadi sangat berbeza.
Apa yang menonjolnya pada kereta ini ada adalah spoiler pada atas bumbung yang tidak begitu kelihatan pada GTB, kini menjadi elemen paling menyerlah pada GTS setelah bumbungnya diturunkan. Itu adalah daripada sudut reka bentuk. Dari sudut kejuruteraan, 296 GTS ini sama hebat seperti kembarnya 296 GTB, iaitu menggunakan enjin 2.9L Twin-Turbo V6 dikacukkan dengan ‘single electric motor’ PHEV!
Nama model 296 tersebut adalah diambil sempena enjin terbaru Ferrari iaitu 2.9L, dan angka 6 di belakang tersebut mewakili 6-silinder (V6) enjin. Woww..!!
FUNFACT:
1) 2.9L ini adalah kapasiti (cc) enjin terkecil Ferrari dalam lineup Ferrari hari ini.
2) Ini pertama kalinya sepanjang sejarah Ferrari menggunakan V6 enjin. Sebelum ni Ferrari hanya menggunakan enjin V8 dan V12 sahaja. (Untuk kereta atas jalan raya)
3) Walaupun 2.9L adalah enjin terkcil Ferrari hari ini, tapi output Kuasa 296 GTB & GTS ini jauh lebih tinggi daripada enjin 3.9L V8 Ferrari lain.
– 296 (830 HP) – 2.9L V6 (PHEV)
– F8 (720 HP) – 3.9L V8
– Roma (612 HP) – 3.9L V8
– Portofino M (612 HP) – 3.9L V8
4) Enjin 2.9L V6 ini telah memecah rekod dunia dengan mencatat kuasa kuda tertinggi untuk setiap liter enjin iaitu 225HP / Liter (654hp ÷ 2.9L = 225HP). Bayangkan enjin 1.0L sekecil Axia boleh hasilkan 225HP seperti enjin 3.0L. Dahsyat..!
5) Piston V6 pada enjin 296 ini dibnia ebih condong, dengan kecondongan 120 darjah untuk menghasilkan lebih daya dan bunyi yang lebih baik.
6) 296 GTS ini juga adalah PHEV bermaksud supercar ini boleh berjalan sepenuhnya dengan electric mode (25KM) di dalam bandar tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dalam keadaan 0% pencemaran asap (emission).
Jika kita lihat daripada angka 830HP (combined) tersebut, ianya adalah sesuatu yang amat jarang kita temui. Lamborghini Huracan STO hanya menghasilkan 630HP manakala McLaren 720s hanya 710HP.
Bagi saya, Ferrari telah jauh mendahului pesaing jenama supercar lain dari sudut kejuruteraan dengan mengeksplotasikan keupayaan Hybrid secara langsung mengambil berat tentang masa depan alam sekitar.
Saya jangkakan kita akan lihat lebih banyak lagi model Ferrari yang akan menggunakan enjin 2.9L V6 enjin ni akan datang dan saya yakin, Ferrari masih ada lagi sesuatu dalam poket yang mereka belum keluarkan untuk enjin 2.9L V6 yang berpotensi untuk hasilkan lebih lagi kuasa kuda.
PERFORMANCE
Max. speed > 330 km/h
0-100 km/h: 2.9 s
0-200 km/h: 7.6 s
200-0 km/h: 107m
POWERTRAIN
Type V6 – 120° – turbo – dry sump
Overall displacement: 2992 cm3
Bore and stroke: 88 mm x 82 mm
Max. power output ICE*: 663 cv
Max. power output hybrid system**: 610 kW (830 cv) at 8000 rpm
Max. torque: 740 Nm at 6250 rpm
Max. revs: 8500 rpm
Compression ratio: 9.4:1
High voltage battery capacity: 7.45 kWh