NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

2022 Honda HR-V: Harga Bermula RM114K – RM140K

2022 Honda HR-V: Harga Bermula RM114K – RM140K

Akhirnya Honda HR-V 2022 telah dilancarkan di pasaran Malaysia minggu ini. Ini merupakan HR-V (atau VEZEL) generasi ke-3 sebenarnya, yang mana generasi ke-2 yang dilancarkan pada 2015 begitu popular dan berjaya dipasaran Malaysia sebagai kompak SUV segmen-B Paling Laris.

Secara keseluruhan, saya rasa berpuas hati dengan reka bentuk luaran HR-V baru ni yang menampakkan lebih sporty dan moden. Itu kita tak boleh nafikan, design dia memang cair.

Tapi apa yang mengejutkan adalah, HR-V generasi ke-3 untuk Malaysia didatangkan dengan 3 jenis enjin yang yang berbeza! Bermaksud kita ada kesemua kombinasi jenis enjin yang pasaran Thailand ada, dan pasaran Indonesia ada.

Di Malaysia Honda menawarkan 4 jenis varian dan 3 jenis enjin seperti dibawah:

ENJIN & KUASA:
S spec:
Enjin: 1.5L DOHC i-VTEC (N/A)
Kuasa: 121PS & 145Nm

E spec & V spec:
Enjin: 1.5L DOHC VTEC Turbo
Kuasa: 181PS & 240Nm

RS spec:
Enjin: 1.5L e:HEV (i-MMD)
Kuasa: 131PS & 253Nm (Combined)

Untuk Spec S menggunakan enjin 1.5L yang sama dengan Honda City yang bukan Hybrid, manakala untuk spec E dan V pula menggunakn enjin yang sama seperti Honda CIVIC, iaitu 1.5L Turbo, dan untuk Spec RS pula menggunakan enjin yang sama dengan CITY RS, iaitu kombinasi antara 1.5L dengan motor elektrik i-MMD (Atkinson-cycle) yang dapat menghasilkan kuasa tujahan tork yang lebih tinggi dalam masa yang sama menjimatkan bahan api.

Harga pula kita dapat lihat ada kenaikan agak ketara jika kita kita bandingkan dengan model HR-V sebelum ini.

HARGA:
S: RM114,800
E: RM129,800
V: RM134,800
RS: RM140,800

*Harga Honda HR-V 2022, OTR tidak termasuk insurans dikemaskini pada July 2022 untuk semenanjung.

HONDA SENSING:
Namun apa yang baiknya, HR-V kali ni dilengkapi dengan ciri Honda Sensing penuh untuk kesemua modelnya termasuk S,E & V secara standard iaitu (FCW, CMBS, LDW, LKAS, RDM, ACC, LSF, AHB, LCDN).

Rujuk web rasmi Honda Malaysia

Walaubagaimanapun, dikatakan tempahan HR-V ini telah mencecah puluhan ribu unit sebelum ia dilancarkan lagi, dan dikatakan tempoh menunggu adalah mececah 12 bulan. Woww sungguh dahsyat.

Kami sediakan video review dibawah untuk anda mendapat gambaran lebih dekat dan terperinci tentang Honda HR-V 2022.

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy