NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

2022 Perodua ALZA Baru: Harga Bermula RM62,500 ke RM75,500

2022 Perodua ALZA Baru: Harga Bermula RM62,500 ke RM75,500
Perlancaran Perodua Alza 2022

Akhirnya, setelah 12 tahun penantian, Perodua Alza generasi baru kita semua nanti-nantikan telah sah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Tidak seperti sebelum ini, Alza baru 2022 kali ni didatangkan dengan badan yang lebih besar, saiznya saya boleh katakan seakan-akan Honda BR-V, Mitsubishi Xpander atau Nissan Grand Livina versi sebelum ini.

Jumlah pre-booking Alza baru ini setakat hari ini telah mencecah 30,000 unit. Wahh! Dahsyat penangan nama ‘Alza’ ni. Agak-agak kalau banyak order macam tu berapa lama agaknya kena tunggu stok Alza ni ye? Semoga bertabah lah ye..

Alza generasi ke-2 ni di datangkan dengan 3 varian iaitu X, H dan Advance. Ketiga-tiga varian ni menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5L Dual VVT-i 2NR-VE, iaitu enjin 1.5L yang sama digunakan dalam Perodua Myvi dan Perodua Aruz.

KUASA ENJIN:
•—• 1.5L Dual VVT-i 2NR-VE inline-4
•—• Transmisi: D-CVT
•—• 104HP (78KW) | 138Nm

Saya telah pandu uji MPV baru ini di dalam litar kilang Perodua Rawang sewaktu media preview 2 minggu lepas, dan apa yang saya boleh katakan, ini adalah sebuah model yang begitu lengkap dengan spesifikasi penting dan lengkap dengan ciri keselamatan canggih bertaraf global (PSDA).

HARGA:
•—• 1.5L X: RM62,500
•—• 1.5L H: RM68,000
•—• 1.5L AV: RM75,500

Harga yang Perodua tawarkan juga sangat berpatutan jika kita banding dengan Proton Exora yang sudah berusia 13 tahun iaitu Exora bermula RM59,800 ke RM66,800, tambahan lagi Perodua Alza hari ini lebih besar daripada sebelumnya dan lengkap dengan segala sistem canggih dan terkini.

CIRI KESELAMATAN: Ini yang menjadikan saya mengatakan Perodua Alza 2022 adalah sebuah kereta rakyat paling berbaloi kerana bukan sahaja ia didatangkan dengan 6 SRS airbag, ABS, EBD, Traction control dan sebagainya, malah model ini dilengkapi dengan ASA untuk kesemua varian dan tambahan ciri Perodua Smart Drive Assist lain untuk varian Advance. Apa jua yang Perodua Ativa ada, ada juga dalam Perodua Alza ni.

•—• ALZA 1.5L ADVANCE:
1) Pre-Collision Warning & Braking
2) Pedal Misoperation Control
3) Front Departure Alert
4) Lane Departure Warning (LDW)
5) Lane Departure Prevention (LDP)
6) Adaptive Cruise (ACC)
7) Lane Keep Control (LKC)
8) Blind Spot Monitor (BSM)
9) Electronic Parking Brake
10) Auto hold
11) 360 Panoramic View Monitor
12) Rear-cross Traffic (RCTA)
13) **Adaptive Driving Beam (ADB)

•—• ALZA 1.5L H:
1) Pre-Collision Warning & Braking
2) Pedal Misoperation Control
3) Front Departure Alert
4) Lane Departure Warning (LDW)
5) Lane Departure Prevention (LDP)
6) Reverse Camera
7) Front Corner Sensor
8) Rear Corner Sensor
9) Adaptive Driving Beam (ADB)

•—• ALZA 1.5L X:
1) Pre-Collision Warning & Braking
2) Pedal Misoperation Control
3) Front Departure Alert
4) Lane Departure Warning (LDW)
5) Lane Departure Prevention (LDP)
6) Rear Corner Sensor
7) Auto High Beam (AHB)

Antara ciri-ciri lain pada Alza ini adalah juga didatangkan skrin sesentuh bersaiz 7 inci, 360 Panaromic View Monitor, Electric Parking Brake, Auto Brake Hold, seat kulit 2-tone beserta 2-tone dashboard. **(AV sahaja)

Kalau anda nak tahu, Perodua Alza generasi ke-2 ni telah direbadge daripada model Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz yang telah dilancarkan di Indonesia tahun lalu. Sebab itu Alza kali ni datang dengan saiz yang lebih besar daripada Alza lama.

Namun pendangan saya, saya lebih gemarkan design Perodua Alza ni berbanding 2 lagi kembar Jepun nya, yang mana bumper dan grill depan Alza ni nampak lebih menarik dan sesuai pada badannya.

Kami sediakan video review untuk anda mendapat gambaran lebih dekat dan terperinci tentang Perodua Alza 2022:

Nazz Abdullah

Nazz Abdullah merupakan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NAZZ&CO™ Media, sebuah empayar media digital automotif dan gaya hidup terkemuka di Malaysia. Berdiri megah sebagai seorang Penganalisis Automotif berwibawa, Digital Media Visionary, dan Pakar Implementasi AI, kepimpinan strategik beliau telah memacu pertumbuhan empayar ini melepasi 400 juta tontonan global. Berbekalkan falsafah penceritaan visual bernilai tinggi dan visi yang tajam, Nazz Abdullah tidak sekadar membuat ulasan, tetapi beliau mencorakkan masa depan serta perbualan utama industri permotoran tanah air.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy