Untuk peminat VELAR & EVOQUE, ini abang Ngah dia, ‘SPORT’. Dalam family Range Rover ada 4 line-up, paling besar sekali yg hari tu saya review, nama dia RANGE ROVER sahaja. Model ni biasa digunakan oleh kerabat diraja dan para bangsawan satu dunia.
Dan bawah dia barulah adanya Range Rover SPORT, yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia beberapa hari lepas untuk versi terbaru (L461). Kemudian dibawahnya barulah muncul RR VELAR seterusnya paling kecil sekali RR EVOQUE.
So RR SPORT ni paling nakal & mempunyai pemanduan paling agresif dikalangan adik beradik dia. Didatangkan dgn enjin 3.0L Twin-Turbo V6 boleh menghasilkan 400Hp dan 550Nm torque tapi dalam masa yang sama masih mempunyai cabin dalam super mewah & Luxury seperti abang sulung dia, RANGE ROVER L460.
Antara keistimewaan lain RANGE ROVER SPORT:
– Mempunyai air purifier yang boleh menapis kotoran & bahan alahan
– Mampu memecut daripada 0 kepada 100 km/j dalam masa 5.7 saat
– Dibantu dengan ADAS seperti Emergency brake, 3D Surround Camera, Wade Sensing, Adaptive Cruise Control dan banyak lagi ciri-ciri keselamatan
– Mempunyai award winning Pivi Pro infotainment system dengan skrin sentuh melengkung 13.1 inci
– Sistem kawalan iklim 4 zon bagi kedua-dua pemandu dan penumpang
Boleh dapatkan sekarang & harga bermula dari RM888,688 untuk bebas cukai dan RM1,698,000 untuk cukai berbayar.