NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PROTON S70 Rasmi Dilancarkan, Pengganti PROTON Preve?

PROTON S70 Rasmi Dilancarkan, Pengganti PROTON Preve?

Model Proton S70 telah dilancarkan secara rasmi oleh syarikat pembuat kereta nasional PROTON dan telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Dato’ Hairil Yahri Yaacob. Semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016, Proton S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambahkan.

Tagline bagi Proton S70 adalah “Intelligence that Evolves” dan pelanggan boleh mula menempah mulai 1 November 2023 di semua cawangan PROTON dengan bayaran sebanyak RM500.

PROTON kini kembali ke pasaran sedan keluarga dengan Proton S70 yang merupakan evolusi seterusnya bagi model sedan mereka. Pernah berada di puncak segmen pasaran oleh model seperti Proton Wira, Waja dan Preve, PROTON mengharapkan Proton S70 ini akan menjadi popular di kalangan peminat PROTON yang sedia ada dan yang baru.

Proton S70 ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, pautan dan enjin turbo berkapasiti 1.5L dengan transmisi kopeling dua. Mengikut jejak Proton X70, Proton X50 dan Proton X90 hibrid ringan, Proton S70 adalah model baru keempat yang telah dibangunkan bersama dengan Geely.

Bermula dari 11 November 2023, orang ramai boleh melihat model ini secara dekat di semua cawangan PROTON.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy