Isu Beg Udara Takata – Volkswagen Panggil Semula 6,671 Unit Kenderaan

Terdahulu, kes masalah beg udara Takata di seluruh dunia masih belum dapat diselesaikan lagi sehingga kini. Baru-baru ini, panggilan semula ini telah melibatkan sejumlah 6,671 unit kenderaan dari Volkswagen dan panggilan ini telah dibuat oleh wakil rasmi jenama tersebut iaitu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

Antara model-model yang terlibat adalah Golf GTI generasi keenam (MK6), Eos, Passat CC, Polo, Beetle dan Vento yang telah diproduksi dari tahun 2010 hingga tahun 2014, menurut VPCM. Perumah peledak gas beg udara di sebelah pemandu adalah komponen utama yang dikhuatiri bermasalah.

Kelembapan udara yang tinggi dan suhu yang turun naik dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kemerosotan pada pemula pendorong peledak gas tersebut dan ini boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini terjadi kepada pemandu dan penumpang di dalam kenderaan.

Bagi memastikan ketersediaan alat ganti dan panggilan semula dijalankan dengan lancar dan efisien, VPCM dan rakan pengedarnya akan mengambil langkah yang perlu dan panggilan semula akan dijalankan secara berperingkat disebabkan bilangan kes yang banyak.

Kepada semua pemilik, pelanggan atau pengedar kereta terpakai dinasihatkan untuk segera menghubungi pengedar bertauliah Volkswagen terdekat untuk pengesahan. Pemberitahuan melalui e-mel dan WhatsApp turut telah dilakukan oleh pihak VPCM berdasarkan pangkalan data mereka.

Tiada sebarang kos akan dikenakan bagi sebarang komponen yang perlu ditukar termasuk kos upah dan alat ganti kepada pemilik kenderaan.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD