passionately driven

Kenyataan Perodua Berkenaan Isu Bezza – Gula Dalam Enjin Penyebab Utama Rosak

Seorang wanita, Nagakanni Subramaniam, telah memuat naik status berkenaan kereta baharunya iaitu Perodua Bezza yang tidak sampai 8 jam telah rosak di laman sosial semalam. Status beliau mendapat perhatian yang sangat ramai apabila pihak Perodua mendakwa bahawa enjin kereta beliau rosak disebabkan ada benda asing seperti gula dan beliau terpaksa membayar pinjaman bulanan kereta baharunya itu sebanyak RM537 walaupun kenderaan itu telah terbengkalai di pusat servis.

Berikutan dengan isu ini, Perodua telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu Perodua Bezza oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar. Berikut adalah kenyataan media beliau:


Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.

Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.

Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.

Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.


Hasil dari kenyataan media, Perodua sedang menjalankan siasatan yang menyeluruh berkenaan perkara ini dan sedang mengenal pasti punca sebenar enjin Perodua Bezza itu rosak secepat yang mungkin. Hasil daripada siasatan tersebut akan diberitahu kelak.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD