NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kenderaan Elektrik BYD Digunakan Untuk Menghidupkan Mesin Dialisis Ketika Bekalan Elektrik Terputus

Kenderaan Elektrik BYD Digunakan Untuk Menghidupkan Mesin Dialisis Ketika Bekalan Elektrik Terputus

Seorang perempuan Australia menggunakan kenderaan elektrik BYD untuk menghidupkan mesin dialisis selepas ribut melanda rumahnya dan telah membuatkan bekalan elektrik terputus.

Selepas banjir kilat melanda Queensland pada Hari Krismas, bekalan elektrik telah terputus dan Kristy Holmes telah menggunakan Atto 3, yang telah dibuat oleh perusahaan besar EV China dan merupakan pesaing Tesla, untuk menghidupkan mesin dialisis anaknya yang berumur 11 tahun itu, menurut laporan Guardian.

Holmes menambah lagi bahawa anaknya yang senang menunggu giliran untuk menerima pemindahan buah pinggang, boleh menghadapi ancaman nyawa yang serius jika tidak kerana kenderaan Atto 3 ini, di mana ia membenarkan pengecasan peralatan rumah dengan kuasa yang tinggi daripada bateri kereta.

Hakikat bahawa sesetengah EV mampu bertindak sebagai penjana kuasa menjadikannya sangat berguna semasa bekalan elektrik terputus yang disebakan oleh bencana alam dan cuaca yang melampau.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy