passionately driven

Cawangan Baharu Tesla Bakal Dibuka di Johor dan Pulau Pinang

Tesla Malaysia dikatakan bakal membuka pusat Tesla di beberapa lokasi lain dalam negara selepas pelancaran Tesla Center di Cyberjaya pada Oktober lalu.

Menurut Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan, pembukaan pusat Tesla di lokasi lain sedang dirancang oleh syarikat itu di seluruh negara. Masih tiada kenyataan rasmi dari Tesla Malaysia namun terdapat beberapa tanda bahawa syarikat ini akan melebarkan sayapnya ke arah bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat menerusi laman web Tesla Careers di mana beberapa jawatan kosong telah disenaraikan pada laman web itu. Jawatan Tesla Advisor (TA) adalah antara jawatan yang tersenarai untuk negeri Johor, manakala Juruteknik Kenderaan serta bahagian Jualan & Sokongan Pelanggan syarikat yang dipanggil Asset Lite atau Lead Sales Mobile sedang dicari untuk negeri Pulau Pinang.

Selain itu, Instagram rasmi Tesla Malaysia juga telah memberi petunjuk menerusi posting mereka beberapa hari yang lepas untuk sesuatu perkara yang bakal datang. Sehingga kini, Tesla Center Cyberjaya berfungsi sebagai Pusat Pengalamannya, selain dari menjadi satu-satunya pusat penghantaran dan servis Tesla di Malaysia.

nazznco-article-cover-tesla-service-centre

Kredit Imej : bigwheels

Satu lagi Pusat Pengalaman telah ditubuhkan selain di Cyberjaya iaitu di Pavilion Damansara Heights. Bagi Tesla Supercharger pula kini boleh didapati di Pavilion KL, Sunway Pyramid, Tesla Service Centre Cyberjaya, Freeport A’Famosa Melaka dan Sunway Bigbox Iskandar Puteri Johor.

nazznco-article-cover-tesla-supercharger

Kredit Imej : soyacincau

 

Sumber : soyacincau 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD