passionately driven

Lebih 8,000 Tempahan Proton S70 – 1,442 Unit Telah Mula Dihantar

Proton telah mendedahkan bahawa 1,442 unit Proton S70 telah dihantar kepada pelanggan pada Januari 2024. Kini, lebih dari 8,000 unit tempahan Proton S70 telah ditempah di mana 15 unit darinya akan dieksport ke Brunei. Ini merupakan eksport pertama bagi pasaran luar negara untuk model ini dan ia menunjukkan respon yang baik dan positif daripada pelanggan.

Sudah lebih 2 bulan semenjak Proton S70 telah dilancarkan, namun kelibatnya di atas jalan raya masih tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Proton sendiri telah mendedahkan tempoh hari pada pembentangan prestasi perniagaan bahawa sebanyak 109 unit telah didaftarkan pada tahun 2023 dan dijangkakan bahawa itu mungkin hanya unit pandu uji. Kini, penghantaran kepada pelanggan telah bermula.

Menurut laporan daripada Paultan, CEO Proton, Roslan Abdullah telah menjelaskan terdapat 2 sebab kenapa penghantaran kepada pelanggan masih belum bermula semasa sesi pandu uji S70. Yang pertama, untuk memastikan kualitinya terjaga dan dalam keadaan baik merangkumi aspek alat ganti dan proses. Yang kedua, untuk mendaftarkannya pada tahun 2024 atas sebab nilai jualan balik (RV).

“Pengeluaran tidak perlahan, tetapi apa yang kami cuba jaga adalah memastikan kualitinya, kerana ini adalah model baru bagi kami, dan kami perlu memastikan kematangan kualiti alat ganti serta proses kematangan pemasangan. Stok sedang dikeluarkan, tetapi kami memeriksa secara terperinci demi memastikan kami tidak berhadapan dengan masalah sama seperti waktu kami terlalu bersemangat untuk menghantar kenderaan kepada pasaran sebelum ini,” kata Roslan.

“Kami sudah menerima pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini dan kami tidak akan berbuat kesilapan yang sama, tetapi kami akan meningkatkan penghantaran bermula bulan ini,” tambah beliau tanpa merujuk kepada nama mana-mana model.

Proton S70 telah dilancarkan pada 28 November dan sudah tentu para pelanggan teruja ingin menerima kenderaan tersebut pada bulan Disember 2023. Namun, apa yang dirisaukan oleh Proton adalah nilai pasarannya akan terkesan. Meskipun untuk satu hari, isu nilai jualan balik akan datang kembali dalam masa beberapa tahun, hanya kerana terdapat perbezaan beberapa hari kenderaan tersebut didaftarkan atau diserahkan, menurut Roslan.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD