NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Stesen Supercharging Tesla Sudah Dibuka di Pavilion Bukit Jalil

Stesen Supercharging Tesla Sudah Dibuka di Pavilion Bukit Jalil

Tesla telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharging baharu mereka yang bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Sejak pelancaran pertama Tesla pada 8 bulan yang lalu, Tesla kini komited untuk meluaskan lagi rangkaian pengecasan yang lebih lancar kepada semua pemilik Tesla di Malaysia.

Pembukaan stesen Supercharging terbaharu di Pavilion Bukit Jalil ini dilengkapi dengan 6 Supercharger dan 2 Destination Charger. Setakat hari ini, terdapat 6 stesen Supercharging dan 6 stesen Destination Charging di Malaysia yang menawarkan sejumlah 30 Supercharging dan 25 Destination Charging di bandar-bandar utama di Malaysia.

nazznco-article-cover-supercharging-station-tesla-malaysia

Memanfaatkan kecekapan pengecasan tertinggi 250 kW, Tesla Model 3 boleh mengecas semula untuk jarak 282 km hanya dalam masa 15 minit, bersamaan dengan 4 pusingan pergi dan balik di antara Tesla Experience Centre Cyberjaya dan Pavilion Bukit Jalil.

Selain itu, pengecasan merentas negara Malaysia dan Singapura sudah dibenarkan. Dengan sokongan bersepadu untuk kenderaan Tesla dan aplikasi mudah alih, pemilik mampu menavigasi dengan mudah, prasyarat bateri kenderaan dan mengakses stesen pengecasan. Ini termasuk pemantauan masa ketika pengecasan, status pengecasan, pembayaran dan sokongan teknikal.

Untuk maklumat lanjut bagi stesen Supercharging baharu mereka di Pavilion Bukit Jalil, sila rujuk jadual di bawah:

nazznco-article-cover-supercharging-tesla-pavilion-bukit-jalil

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy