passionately driven

Proton R3 Bakal Kembali Berlumba Dalam Sepang Dengan S70

Sudah menjadi lapangan Proton bagi menunjukkan kemampuan divisi talaan dan perlumbaan rasminya iaitu Proton R3 dalam Perlumbaan Ketahanan Sepang 1000KM (S1k) sejak perlumbaan itu diadakan pada tahun 2009. Sebanyak 5 gelaran juara telah berjaya dirangkul oleh Proton R3.

Pasukan Proton R3 dilihat terus senyap dari S1K, malah dalam mana-mana perlumbaan, selepas kejuaraan terakhir dimenangi oleh mereka pada 2019 dengan Proton Iriz. Apa yang sudah terjadi?

Menurut laporan The Sun, pasukan tersebut tidak lagi berlumba kerana ia tidak ada lagi model yang sesuai untuk dijadikan kereta lumba. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh CEO Proton, Roslan Abdullah, di mana R3 mungkin akan berlumba kembali menggunakan model terbaru mereka yang baru dilancarkan iaitu sedan segmen-C Proton S70.

“Kami telah mengundur diri dari perlumbaan S1K sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kami tidak mempunyai kereta yang boleh kami gunakan untuk berlumba. Dan kami tidak mahu berlumba hanya sekadar berlumba, tetapi dengan S70, ia mungkin dapat mengubah perkara ini,” kata Roslan.

Tambahnya lagi, selain untuk membawa kembali pasukan R3 berlumba di litar, mereka juga merancang untuk menghasilkan versi produksi talaan prestasi R3 untuk dijual di bilik pameran. 

“Kami sedang berusaha untuk menghasilkan model S70 R3 dan kami turut mahu menggunakan model ini untuk kembali ke S1K. Walau bagaimanapun ini akan mengambil sedikit masa kerana kami perlu bekerjasama dengan banyak pemegang taruh bagi memastikan ia mempunyai nilai daya maju,” jelas Roslan.

Seperti model sebelum ini iaitu Saga R3, Iriz R3 dan X50 R3 yang hanya menampilkan peningkatan dari segi kosmetik semata-mata, model produksi jalan raya S70 R3 pada kali ini bakal menampilkan kuasa dan juga prestasi lebih baik dari versi S70 sedia ada seperti ketika zaman keemasan pasukan tersebut iaitu Satria R3 dan Satria Neo R3 Lotus Racing.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD