Perodua ‘Nexis’ D66B dan Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan di Malaysia April ini?

Kembar SUV segmen-B dijangka bakal dijual oleh dua jenama iaitu Toyota Yaris Cross dan juga Perodua yang kini dikenali dengan kod pembangunan D66B dan bakal dilancarkan di Malaysia pada April ini, menurut Bahagian Penyelidikan Kenanga Investment Bank, Kenanga Research.

Dalam satu nota penyelidikan oleh penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz telah dinyatakan bahawa Sime Darby Berhad bakal menguasai pasaran semua segmen automotif menerusi jenama Toyota untuk pasaran pertengahan dan Perodua untuk pasaran mampu milik selepas pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings Bhd (UMW Holdings), berbanding hanya memegang pasaran lebih tinggi dengan jenama-jenama premium sebelum ini.

Sime Darby berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran baharu Perodua D66B dan Toyota Yaris Cross yang dijangka diperkenalkan menjelang April ini,” kata Wan Mustaqim dalam nota berkenaan dan dipetik oleh laporan Berita Harian.

Sehingga kini, masih belum didedahkan lagi perincian rasmi oleh Toyota dan Perodua berkenaan SUV tersebut. Pada Jun tahun lalu, Toyota Yaris Cross telah dilancarkan buat pertama kalinya di Indonesia dan ia dihasilkan dari Platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), berlainan dengan Yaris Cross yang telah dihasilkan dari platform TNGA di pasaran Jepun dan Eropah.

nazznco-article-cover-toyota-yaris-cross-indonesia

Kredit Imej : AutoBuzz

Didatangkan dengan enjin 1.5 liter NA bagi varian asas Yaris Cross di Indonesia, ia juga boleh didapati pada model Alza, Myvi dan Toyota Vios. Bagi varian paling tinggi, ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter dengan sistem hibrid penuh. Berbeza dengan pelancaran Yaris Cross di Thailand pada Oktober 2023, hanya varian hibrid sahaja yang ditawarkan untuk penjualan.

Kini, Perodua sedang membangunkan SUV D66B dan menerusi beberapa petunjuk, Yaris Cross telah digunakan sebagai asas untuk model ini. Pelbagai pihak telah menggelarkan SUV tersebut sebagai Perodua Nexis kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh Perodua di MyIPO walaupun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Perodua.

Bakal berhadapan dengan model-model SUV segmen-B yang lain seperti Honda HR-V dan Proton X50, D66B ini dijangka bakal menjadi model hibrid pertama yang akan ditawarkan oleh Perodua. Selari dengan sasaran Perodua, di mana sebelum ini mereka telah mengumumkan akan kehadiran model hibrid pertama pada tahun 2024.

 

Sumber : Paultan

Kredit Imej : @Theottle / Theophilus Chin

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD