Chery Omoda E5 EV telah pun mula berada di bilik pameran Chery di seluruh Malaysia sejak 24 Februari yang lalu. Dengan anggaran harga sebanyak RM160,000, tempahan juga sudah dibuka kepada pelanggan walaupun pelancarannya hanya akan berlaku pada 6 Mac ini.
Dengan kuasa 201 Hp dan 340 Nm, Chery Omoda E5 ini didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal. Ini sudah cukup untuk menggerakkan kereta ini ke 100 km/j dalam masa 7.6 saat dan kelajuan maksimum adalah sebanyak 170 km/j. Ia membolehkan SUV ini bergerak sejauh 430 km dalam kitaran WLTP serta menggunakan kuasa 14.5 kWj untuk perjalanan 100 km.
Untuk jarak sejauh 450 km boleh dicapai dengan bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 61 kWj dan tidak perlu risau tentang pengecasan bateri kerana Chery Omoda 5 ini boleh mencapai pengecasan 30-80 peratus dalam masa 30 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.
Omoda E5 ini turut dilengkapi dengan paparan instrumen digital dan skrin infotainmen 2K HD sebesar 24.6 inci untuk pengalaman visual yang mendalam dan dikuasakan dengan Qualcomm 8155 system on chip (SoC). Berbanding dengan Omoda 5 versi petrol, reka bentuk luaran Omoda 5 kali ini sedikit berbeza kerana didatangkan dengan boot space yang lebih luas dan beberapa lagi spesifikasi baharu.
Bagi sistem bantuan pemandu pula, ia dilengkapi dengan kamera 360-darjah, lampu tinggi automatik, kepekaan ketibaan kenderaan hadapan, amaran pelanggaran hadapan, brek kecemasan sendiri, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong, kepekaan trafik lintasan belakang dan sistem pemantauan tekanan tayar. Chery menggelarkannya sebagai ADAS 2.5.
Diletakkan anggaran harga sebanyak RM160,000, sudah pasti ia bakal memberi saingan yang sengit kepada BYD Atto 3 yang berharga RM167,800. Nantikan perincian penuh dan harga rasmi pada hari pelancarannya nanti!