NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Volvo Car Malaysia Anjur Safety Driving Experience Pertama Untuk Pelanggan

Volvo Car Malaysia Anjur Safety Driving Experience Pertama Untuk Pelanggan

Volvo Car Malaysia (VCM) telah menganjurkan Safety Driving Experience yang pertama di KL Base, Sungai Besi di mana ia merupakan landasan kapal terbang ikonik yang pertama di Malaysia.

Acara itu telah diadakan pada 2 dan 3 Mac ini dan telah dihadiri oleh 240 peserta yang terdiri daripada pemilik dan peminat kenderaan Volvo yang ingin belajar kemahiran memandu defensif penting melalui latihan seperti brek serta pertukaran lorong tindak balas cepat.

Landasan pacu sepanjang 1.8 kilometer juga telah dibuat bagi para peserta untuk merasai pengendalian kereta di laluan slalom dan merasai sendiri teknologi inovatif keselamatan Volvo seperti amaran lalu lintas silang dan Pilot Assist.

Antara model yang telah digunakan dan dipamerkan semasa acara ini adalah SUV Volvo XC90 dan Volvo XC60, sedan Volvo S90 dan Volvo S60, station wagon Volvo V60 dan Volvo XC40 sub-kompak di mana keseluruhan rangkaian model menggunakan elektrik sepenuhnya dan hibrid plug-in Volvo.

Tumpuan utama adalah Volvo C40 Recharge Pure Electric, yang dipamerkan dalam pilihan warna baru Vapour Grey, yang telah dikemaskini untuk model tahun 2024 dengan jarak elektrik mencecah sehingga 550 km dan teknologi lampu pixel.

“Kami mahu memperkasakan pemandu Volvo dengan minda dan pengetahuan yang betul untuk keselamatan di jalan raya dan memberikan mereka peluang untuk mempelajari kemahiran menyelamatkan nyawa. Dibantu dengan sistem bantuan pemandu canggih dan inovasi keselamatan daripada Volvo, ianya memberikan jaringan keselamatan tambahan kepada pemandu kami,” kata Patricia Yaw, Ketua Pemasaran & PR Volvo Car Malaysia.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy