Pusat Pemasangan Tinted Kini Dibuka oleh Proton di Tanjung Malim

Pembukaan rasmi pusat pemasangan cermin gelap pertama yang dikendalikan oleh Proton kini telah dibuka dan terletak di fasiliti pengeluarannya, Tanjung Malim. Berupaya untuk memasang cermin gelap sendiri, fasiliti baharu itu dijangka boleh memasang sehingga 5,000 unit kenderaan sebulan.

Ketika pelancaran X90 pada 7 Mei 2023, pemasangan cermin gelap keselamatan diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk varian Flagship dan Premium. Selain itu, ia turut ditawarkan untuk varian Flagship dan Flagship X bagi model sedan S70 sebagai pakej aksesori standard.

Dalam masa terdekat, Proton akan berusaha untuk sentiasa memberikan nilai tambahan kepada para pelanggan dengan turut menawarkan pilihan itu kepada model lain.

“Pembukaan pusat pemasangan cermin gelap baharu kami di Tanjung Malim adalah satu langkah penting ke arah komitmen Proton untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambahan kepada pelanggan kami. Dengan mengambil tanggungjawab untuk proses pemasangan, kami mempunyai kawalan kualiti yang lebih baik dan boleh menawarkan ketenangan fikiran kepada pelanggan.

“Dengan kapasiti pemasangan sebanyak 5,000 unit kenderaan sebulan, pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka masa pendek kerana lebih banyak model dalam rangkaian Proton akan ditawarkan dengan cermin gelap sebagai aksesori standard,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Berbanding dengan pemasangan selepas pembelian kenderaan, terdapat banyak kelebihan jika pemasangan cermin gelap dikendalikan oleh OEM. Antaranya ialah ketepatan dan kemasan yang lebih baik menggunakan cetakan pra-potong, langkah jaminan kualiti yang ketat, pematuhan kepada peraturan JPJ dan pencegahan kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan selepas pasaran.

Waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun akan diberikan kepada semua pelanggan untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap, menandakan komitmen Proton untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan ketahanan produk.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD