NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Prestasi Off-Road Luar Biasa Dari Jaecoo J7 di M4TREC Buat Ramai Terpukau

Prestasi Off-Road Luar Biasa Dari Jaecoo J7 di M4TREC Buat Ramai Terpukau

Jaecoo J7 telah menjalani percubaan off-road di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC). M4TREC, penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan 6 jenis rintangan yang pelbagai dan mencabar.

Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, J7 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road. Selain itu, model ini turut mempunyai kebolehan untuk mengharungi air sedalam 600 mm, di mana ini menunjukkan kebolehannya serta ketahanan lasak yang tinggi di dalam apa jua situasi pemanduan.

Ia didatangkan dengan kamera 540 darjah yang mampu memantau pelbagai rintangan ketika di M4TREC dan sekaligus dapat memaparkan dengan jelas (3D) di skrin infotainment bersaiz 14.8 inci. Dilengkapi dengan enjin 1.6 TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 194 Hp dan 290 Nm torque dengan  transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT).

Jaecoo telah menguji kebolehan off-road J7 ini di M4TREC menerusi 4 rintangan iaitu side slope, frame twister, ridge crossing dan water wading environment.

1. Side Slope

2. Frame Twister

3. Ridge Crossing

4. Water Wading

 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy