passionately driven

Proton S70 Mempunyai 73 Masalah, Pemilik Luah Rasa Terkilan

Seorang pemilik Proton S70 varian Flagship X berwarna Space Grey telah meluahkan rasa kecewanya menerusi satu hantaran di  Proton S70 Malaysian Community (MYS70COM) Facebook Group.

Pemilik yang bernama Ku Azhar itu telah berkongsi akan pengalaman pahitnya dan turut memuat naik beberapa gambar dan video bukti masalah yang timbul pada kenderaan miliknya itu.

Ia bermula apabila dia menerima kenderaan tersebut pada 2 Februari 2024. Walau bagaimanapun, sehari selepas menggunakan kenderaan tersebut iaitu pada 3 Februari 2024, masalah mula timbul pada 300 km pertama.

Pada 5 Februari, dia mengambil keputusan untuk menghantar ke pusat servis iaitu tempat yang sama dia membeli kenderaan tersebut dan telah ditinggalkan selama 15 hari dan turut dibawa ke ibu pejabat Proton selama satu hari.

Tidak berakhir di situ, S70 miliknya juga terpaksa dihantar ke kilang Proton di Tanjung Malim selama 15 hari lagi. Dia turut berkongsi akan inisiatif lain yang dibuat oleh dia dengan menghantar ke pusat servis luar yang lain selama dua hari namun S70nya tidak diservis memandangkan kesnya telah dirujuk kepada ibu pejabat.

Semasa keretanya dihantar ke Tanjung Malim, sebanyak 33 masalah telah dikenal pasti pada keretanya dan ianya kemudian bertambah kepada 69 masalah pada 17 Mac 2024 dan setakat ini ia telah meningkat kepada 73 masalah. Difahamkan sehingga kini, masih ada 54 masalah yang tak dapat diselesaikan.

Berikut adalah senarai masalah yang timbul:

Kredit Imej : Ku Azhar | Funtasticko.net

Terkini, tarikh rektifikasi telah ditukar kepada semalam dan pihak Proton masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan isu ini. Kami mengharapkan agar kedua-dua pihak dapat berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.

 

Sumber & Kredit Imej : Ku Azhar | Funtasticko.net

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD