Isuzu Malaysia hari ini secara rasmi telah melancarkan model pikap trak terbaru mereka, Isuzu D-Max facelift 2024 dan telah mengumumkan harga jualan mereka iaitu bermula dari RM98,949.20 untuk varian 1.9 liter Single Cab sehingga RM157,938.40 bagi varian flagship X-Terrain (on-the-road tanpa insurans).
Untuk varian 1.9 liter Single Cab, ia ditawarkan dengan dua pilihan iaitu enjin turbodiesel 1.9 liter dan 3.0 liter digandingkan bersama transmisi manual, serta ciri pacuan empat roda yang mampu menjana kuasa 150 PS pada 3,600 rpm dan 350 Nm tork pada 2,600 rpm.
Bagi varian flagship X-Terrain, ia didatangkan dengan enjin turbodiesel 3.0 liter digandingkan bersama transmisi auto enam-kelajuan, serta ciri pacuan empat roda yang mampu menjana kuasa 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm tork pada 2,600 rpm.
Varian D-Max 2024 bermula dari Single Cab, Double Cab yang terdiri daripada Standard, Auto Plus dan Premium serta varian flagship X-Terrain. Berikut adalah senarai harga penuh mengikut spesifikasi enjin yang ditawarkan bagi model ini:
Single Cab
Standard
Auto Plus
Premium
Flagship X-Terrain
Beralih kepada rekaan luaran, Isuzu D-Max 2024 didatangkan dengan rekaan gril depan yang lebih memukau serta rekaan lampu depan, bampar depan dan bonet yang diberi kelainan. Selain itu, lampu utama juga diberi bentuk baru dengan menampilkan jalur DRL bentuk baru.
Di belakang, rekaan rim aloi baharu yang lebih bergaya, rekaan pintu ruangan kargo di belakang yang kini boleh dikunci (X-Terrain) serta rekaan lampu belakangnya yang baru menyerlahkan lagi rekaan terkini bagi model ini.
Beralih kepada ruang dalaman, ia menerima beberapa kemaskini terbaru bagi varian X-Terrain iaitu sistem infotainment bersaiz 10 inci, kerusi balutan kulit baharu, unsur rekaan klasik origami Miura Jepun serta lampu ambient.
Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang terdiri daripada forward collision warning, autonomous emergency braking, Turn Assist, pedal misapplication mitigation, adaptive cruise control, automatic high beam, lane departure warning, manual speed limiter, mutli-collision brake dan rear cross traffic brake (X-Terrain).
Selain itu, kamera stereo baharu generasi keempat yang telah diperluaskan lagi pandangannya kepada 120-darjah turut hadir untuk mengesan dan mengenal pasti jumlah objek yang lebih banyak termasuk pejalan kaki kanak-kanak serta memberikan tindak balas yang lebih tepat dan pantas.
Aspek pemanduan juga diberikan kemaskini dengan tambahan ciri baharu Rough Terrain Mode untuk semua model 4×4 Double Cab. Dengan mengaktifkan mod berkenaan, sama ada dalam pacuan 2H, 4H atau 4L, cengkaman akan dipertingkat dengan sistem menguruskan agihan kuasa secara langsung.
Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Islay Grey, Onyx Black, Dolomite White Pearl, Biarritz Blue, Mercury Silver dan Splash White.