Isu Gandar Belakang (Axle) Omoda 5 – Chery Malaysia Berjaya Hubungi 60 Pemilik yang Terjejas

Susulan dengan isu gandar belakang bagi 60 unit Omoda 5 yang terjejas, Chery Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka sudah selesai menghubungi kesemua pemilik tersebut dan telah jadualkan kerja-kerja penggantian gandar di pusat servis mereka.

“Di Chery Malaysia, keselamatan anda adalah perhatian utama kami. Sehingga 12 Mei, kami telah berjaya menghubungi kesemua 60 pelanggan yang terjejas dan menjadualkan temu janji untuk menggantikan gandar di pusat servis kami.

“Kami akan terus mengemas kini pemeriksaan untuk 540 model lain minggu berikutnya. Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila hubungi talian Customer Careline kami. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Pada 4 Mei, Chery Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa terdapat sejumlah 60 unit kenderaan Omoda 5 sahaja dengan bahagian yang terjejas di Malaysia, dikeluarkan pada 15 Ogos 2023.

Namun, Chery Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melancarkan jaringan yang lebih luas dengan melaksanakan kempen perkhidmatan khas untuk memanggil dan memeriksa kenderaan OMODA 5 dengan gandar belakang yang dihasilkan antara 14 hingga 17 Ogos 2023, berjumlah 600 unit.

Bagi pemilik kenderaan jenis Omoda 5, anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kenderaan anda di https://www.chery.my/chery-product-update untuk mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini produk yang berkaitan dengan kenderaan Chery anda.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD