NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jaecoo J7 Kini Boleh Dipandu Uji Orang Ramai di Bon Estates dan Malaysia Autoshow 2024

Jaecoo J7 Kini Boleh Dipandu Uji Orang Ramai di Bon Estates dan Malaysia Autoshow 2024

Jaecoo Malaysia kini telah bekerjasama dengan Bon Estates, sebuah butik pemaju hartanah di Malaysia, dan membuka peluang untuk orang ramai melihat dan pandu uji model mereka iaitu Jaecoo J7.

Sejak 9 Mei lagi, mereka telah menerima hampir 2,000 pelanggan di Bon Estates Gallery di Bangsar dan lebih 470 pandu uji dalam masa empat hari.

Kedua-dua varian iaitu All-Wheel Drive (AWD) dan Two-Wheel Drive (2WD) tersedia bagi pelanggan yang berminat untuk pandu uji. Bagi yang terlupa spesifikasi lengkap model ini, boleh klik di sini.

Dilengkapi dengan enjin 1.6 TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 194 Hp dan 290 Nm torque dengan  transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT). Ia juga didatangkan dengan kamera 540 darjah yang mampu memantau pelbagai rintangan  dan sekaligus dapat memaparkan dengan jelas (3D) di skrin infotainment bersaiz 14.8 inci.

Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, J7 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road.

Dua varian bakal ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu All-Wheel Drive (AWD) yang dianggarkan bermula dari RM160,000 dan Two-Wheel Drive (2WD) yang dianggarkan bermula dari RM150,000.

Orang ramai yang berminat untuk pandu uji boleh membuat temujanji di laman web rasmi Jaecoo Malaysia atau anda boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2024 yang bakal berlangsung dari 22 Mei hingga 26 Mei ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam di MAEPS, Serdang.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy