Syarikat automotif terkemuka di Malaysia, Sime Darby Motors, telah menganjurkan 3 acara yang luar biasa di KL Base Events, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini bermula 7 Jun hingga 9 Jun ini dari jam 9 pagi hingga 7 malam di satu lokasi.
Acara yang paling dinantikan sudah pasti Auto Bavaria AutoFest 2024 yang bakal mempamerkan barisan jenama ikonik iaitu BMW, MINI dan BMW Motorrad. Sebagai pengedar BMW yang sudah lama bertapak di Malaysia, Auto Bavaria terkenal dengan perkhidmatan selepas jualan bertaraf dunia dan memastikan segala keperluan pelanggan dipenuhi dengan mudah.
Perkhidmatan cemerlang mereka dibuktikan apabila mereka berjaya diiktiraf melalui 12 kemenangan berturut-turut sebagai Juara BMW Excellence Club di negara ini. Berbekalkan rekod pencapaian yang luar biasa ini, sudah pasti Auto Bavaria akan menjadi destinasi utama bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Pelbagai aktiviti menarik serta tawaran eksklusif yang ditawarkan iaitu rebat sehingga RM100,000 dan penyelesaian pembiayaan terkhusus untuk memudahkan pelanggan memiliki kereta impian mereka. Selain itu, perkhidmatan tukar beli yang berpatutan turut ditawarkan di mana pelanggan boleh mendapatkan nilai harga yang terbaik untuk kenderaan semasa mereka.
Kemuncak acara AutoFest ini diteruskan lagi dengan sesi pandu uji bagi semua model yang dipamerkan dari BMW, MINI dan BMW Motorrad diiringi dengan bimbingan dari pakar yang terlatih. Ia juga termasuk dengan pandu uji eksklusif bagi model BMW CE04 dan BMW CE02.
Orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri dan merasai keseronokan pandu uji dari model-model yang dipamerkan, boleh berkunjung ke Auto Bavaria AutoFest 2024 pada hujung minggu ini dan nikmati rebat sehingga RM100,000, tertakluk kepada terma dan syarat.