GWM Tank 300 Sedia untuk Dilancar Pertengahan Julai – Jaminan Enjin dan Transmisi Sepanjang Hayat, Hadiah Misteri untuk 300 Pembeli Terawal

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan bahawa SUV off-road mereka, Tank 300 telah sampai di Port Klang dan bersedia untuk dilancarkan ke pasaran Malaysia pertengahan Julai ini dan membuat penghantaran kepada para pelanggan.

Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej penyelenggaraan percuma selama lima-tahun atau 100,000 km (yang mana dahulu) kepada 300 pelanggan pertama yang membuat tempahan Tank 300 ini. Selain itu, pemilik pertama GWM Tank 300 akan turut menerima jaminan enjin dan transmisi sepanjang hayat tanpa had perbatuan. Ketika pelancaran nanti, pembeli terawal ini juga akan menerima hadiah misteri.

nazznco-article-cover-gwm-tank-300-malaysia-5

Dengan kapasiti enjin 2.0 liter turbo, ia mampu menjana kuasa sehingga 220 Ps dan 380 Nm tork berserta transmisi automatik lapan-kelajuan bersama dual-speed dan sistem pacuan empat-roda electronically-controlled part-time.

Selain itu, Tank 300 turut dilengkapi dengan 9 mod pemanduan termasuk sistem all-terrain control, sudut ramp 23.1° dan gradability maksimum 70% bersama kebolehan mengharungi kedalaman maksimum 700 mm.

TANK300-NAZZNCO

Beralih kepada ruang dalaman, ia lengkap dengan kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh 12.3-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto support, upholstery kulit Nappa, sistem bunyi Infinity bersama sembilan pembesar suara, pendingin hawa automatik dan dua lapisan kaca akustik (untuk tambah baik tahap NVH di dalam kabin) serta banyak lagi.

TANK300-NAZZNCO

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD