passionately driven

Jaecoo J7 Kini Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM138,800

Jaecoo Malaysia telah melancarkan model SUV off-road mereka iaitu J7 ke dalam pasaran Malaysia dan mengumumkan harga rasmi di KL Base Event hari ini. Dua varian telah ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu All-Wheel Drive (AWD) yang harga bermula dari RM148,800 dan Two-Wheel Drive (2WD) yang bermula dari RM138,800.

JAECOOJ7-NAZZNCO

J7 ini berukuran 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,680 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,650 mm. Dilengkapi dengan enjin 1.6 TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 194 Hp dan 290 Nm tork dengan  transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT). Pecutan 0-100 km/j SUV ini didakwa dalam masa 8.0 saat.

JAECOOJ7-NAZZNCO

Di bahagian luar, model ini dilengkapi dengan ciri seperti lampu utama dan DRL LED, rekaan gril jalur tegak yang besar, dengan rekaan wajah dan badan moden dan minimal. Ia juga didatangkan dengan kamera 540 darjah yang mampu memantau pelbagai rintangan dan sekaligus dapat memaparkan dengan jelas (3D) di skrin infotainment bersaiz 14.8 inci serta pengecas tanpa wayar dengan pendingin 50W serta 64-warna suasana dalam kabin.

JAECOOJ7-NAZZNCO

Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, J7 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road. Selain itu, model ini turut mempunyai kebolehan untuk mengharungi air sedalam 600 mm, di mana ini menunjukkan kebolehannya serta ketahanan lasak yang tinggi di dalam apa jua situasi pemanduan.

JAECOOJ7-NAZZNCO

Ciri keselamatan pula senarainya agak lengkap dengan sistem ADAS. Ia merangkumi ciri seperti AEB, kawalan melayar adaptif, amaran penukaran lorong, kawalan lampu utama pintar, makluman ketika kereta depan bergerak, pengesan titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dan banyak lagi.

Empat pilihan warna bakal ditawarkan untuk penjualan iaitu Moonlight Silver (Kelabu), Carbon Crystal Black (Hitam), Khaki White (Putih) dan Model Green (Hijau). Sebagai tanda penghargaan, Jaecoo Malaysia menawarkan pakej early bird kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum 21 Julai ini iaitu:

  1. Waranti selama 7 tahun/150,000 km
  2. Waranti selama 10 tahun/1 juta km untuk enjin
  3. Enam syarikat insurans panel di bawah Program Perlindungan Perdana Jaecoo (J-PPP)

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke KL Base Event pada hujung minggu ini untuk lihat dan pandu uji sendiri model Jaecoo J7 ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD