NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lebih Banyak Model EV Pemasangan Tempatan (CKD) Akan Dibawa Masuk

Lebih Banyak Model EV Pemasangan Tempatan (CKD) Akan Dibawa Masuk

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong, lebih banyak model kenderaan elektrik (EV) telah dibenarkan untuk dibawa masuk oleh pengeluar kereta tempatan secara CKD.

Sekian lama pengeluar kereta tempatan menghadapi cabaran untuk membawa masuk model EV dengan harga yang kompetitif disebabkan oleh kos pembangunan teknologi EV yang tinggi.

“Oleh itu, bagi membantu pengeluar kereta tempatan dapat mengeluarkan EV pada harga yang lebih kompetitif, kerajaan telah menawarkan insentif cukai yang lebih menarik berbanding dengan kenderaan jenis ICE.

“Secara khususnya, BEV (kenderaan elektrik menggunakan bateri) dan FCEV (kenderaan berkuasa hidrogen) yang dipasang secara tempatan dapat menikmati pengecualian duti import, duti eksais serta cukai jualan sepenuhnya sehingga 31 Disember 2027,” katanya.

Selain itu, EV yang dipasang di Malaysia tidak akan dikenakan had harga minimum RM100,000 seperti model EV yang diimport dari luar.

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy