Jualan Yaris Hatchback Dihentikan di Vietnam oleh Toyota

Selepas 13 tahun Yaris hatchback dijual di Vietnam, Toyota Vietnam telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan jualan model tersebut dan kini hanya sedang menjual stok dari tahun 2023.

Tiada alasan spesifik diberikan mengapa mereka menghentikan produksi dan jualan model tersebut. Walau bagaimanapun, menurut seorang pengurus jualan di bilik pameran rasmi Toyota di Ho Chi Minh City, jualan Yaris hatchback kelihatan merosot disebabkan oleh permintaan orang ramai terhadap SUV adalah lebih tinggi.

Sebanyak 1,569 unit Yaris berjaya dijual pada tahun 2020 dan tahun demi tahun, angka jualan model ini terus menurun sehingga 134 unit (2023) dan hanya 8 unit sahaja untuk separuh pertama 2024. 

Nasib yang sama telah dilalui oleh Honda Jazz di mana model tersebut juga telah dihentikan pengeluarannya di Vietnam pada tahun 2020 akibat angka jualan yang rendah. 

Kini, hanya tinggal Suzuki Swift dan Mazda2 untuk jualan di pasaran Vietnam bagi pasaran hatchback segmen-B. Dijangkakan akan ada pesaing baru akan masuk ke pasaran negara tersebut iaitu BYD Dolphin yang bakal diimport sepenuhnya dari China.

 

Sumber : VnExpress International

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD