Volkswagen Golf GTI Edition 50 Dilancarkan di Malaysia: Hot Hatch Dipertingkat, Berharga RM267,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) secara rasmi telah melancarkan Edisi Terhad Volkswagen Golf GTI Edition 50 ke dalam pasaran Malaysia dan mengumumkan harga jualan iaitu RM267,990 (on-the-road tanpa insurans) termasuk dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi penyelengaraan, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Sempena dengan Sambutan ulang tahun ke-50 Golf GTI, hot hatch ini tampil dengan beberapa peningkatan baru dan kini ia didatangkan khas dengan kit badan Oettinger secara standard. Kit tersebut terdiri daripada spoiler hadapan, spoiler belakang dan juga diffuser bampar belakang di mana kesemuanya kini berwarna hitam.

Selain itu, cermin sisi juga kini dilengkapi dengan penutup berwarna hitam, emblem-emblem Edition 50 pada tiang-B kiri dan kanan, filem penapis haba “Edition 50” isitimewa serta filem pelekat badan dengan grafik diinspirasikan gril sarang lebah GTI pada bahagian bawah pintu.

Ia kini dipasang dengan set rim aloi 18-inci Pretoria dalam kemasan hitam berkilat yang disertakan sekali bersama penutup hab Dynamic “GTI” dan juga penutup injap pengisi angin aluminium VW Design.

Beralih kepada ruang dalaman, apa yang membezakannya dengan Golf GTI Standard adalah  logo “50” pada bahagian bawah jejari tengah roda stereng, scuff plate sisi aluminium Edition 50, dan juga karpet kaki Edition 50.

Enjin masih kekal dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder yang mampu menjana kuasa sehingga 245 Ps dan 370 Nm tork. Digandingkan bersama transmisi klac basah 7-kelajuan DSG, pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.3 saat dan kelajuan maksimum pada 250 km/j.

Ciri-ciri lain yang dapat dilihat termasuk dengan sistem bunyi premium 480-watt Harman Kardon dengan 10-pembesar suara, disambungkan kepada sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10-inci yang memberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay sambungan tanpa wayar.

Bagi sistem bantuan keselamatan pula, ia disokong oleh teknologi IQ.Drive seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Side Assist, Front Assist, Lane Assist dan Travel Assist. Hanya dua warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Oryx White dan Moonstone Grey.

Orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri GTI Edition 50 ini boleh berkunjung ke acara Golf Fan Fest yang akan diadakan pada 24 Ogos ini di North Paddock, Litar Antarabangsa Sepang Petronas atau boleh kunjungi pengedar-pengedar sah Volkswagen terdekat anda mulai 17 Ogos ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD