Proton X70 2025 Akan Dilancarkan Secara Rasmi pada 15 Ogos!

3 hari lagi sebelum pelancaran rasmi Proton X70 2025 di mana spesifikasi penuh dan harga akan diumumkan oleh Proton pada 15 Ogos ini.

Proton telah memulakan countdown dari 7 hari sebelum lagi dengan memuat naik sekeping gambar setiap hari yang menunjukkan berapa hari lagi di akaun rasmi media sosial mereka berserta dengan ringkasan spesifikasi baru pada caption gambar tersebut. Link untuk pendaftaran minat juga diletakkan di caption untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan.

Untuk makluman, SUV segmen-C ini pertama kali telah dilancarkan pada tahun 2018 dan sehingga tahun ini, model tersebut telah menerima beberapa peningkatan dan dikeluarkan secara CKD sehingga mampu mencapai gelaran SUV premium paling popular dengan lebih 100,000 unit terjual di Malaysia.

Versi terkini yang telah dipertingkatkan dapat dilihat dari rekaan luaran yang kini nampak lebih premium dengan rekaan gril “diamond” atau krom seperti yang terdapat pada X90 dan S70.

Selain itu, prestasi pemanduan juga telah dipertingkatkan dengan sistem ADAS tahap 2 untuk keselamatan dan keselesaan yang lebih baik. Paling ketara pada versi terkini adalah di bahagian dalaman X70 2025 ini di mana:

1. Sistem infotainment bersaiz 12.3 inci bersama sistem Android Auto & Apple Carplay

2. Proton Link kini boleh menghidupkan enjin & menyejukkan kereta dari jarak jauh

3. Tempat duduk dibalut oleh kulit Nappa berwarna kelabu batu 

4. 72 warna pilihan ambient lighting

Penggunaan enjin masih sama iaitu 1.5L Turbo TGDi yang mampu menghasilkan 177 PS dan 255 Nm tork dan penggunaan bahan api dikatakan telah meningkat kepada 7.3 liter/100 km. Perincian tambahan yang lain akan didedahkan semasa pelancaran rasmi pada 15 Ogos ini.

Sebagai tanda penghargaan Proton kepada pelanggan, Proton X70 2025 akan menawarkan harga dan pakej istimewa bagi pelanggan yang membuat tempahan awal seperti Proton X50 2024 tempoh hari.

Pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan, hanya perlu membayar wang deposit sebanyak RM500 sahaja di mana-mana bilik pameran Proton yang terdekat atau hubungi penasihat jualan Proton. Tempoh tempahan dibuka sehingga diberitahu kelak.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD