Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, telah melancarkan Proton X70 2025 hari ini secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia dan mengumumkan harga rasmi iaitu bermula dari RM 98,800 untuk varian Standard, RM110,800 untuk varian Executive, RM123,800 untuk varian Premium dan RM126,800 untuk varian Premium X.
Model ini berukuran 4,526 mm panjang, 1,831 mm lebar dan 1,694 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,670 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 515 liter.
X70 2025 ini didatangkan dengan kapasiti enjin 1.5 liter turbocaj TGDi yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 177 Ps dan 255 Nm tork. Dengan transmisi dwikuasa dengan tujuh kelajuan bagi model SUV baharu ini, penggunaan bahan api telah ditingkatkan kepada 7.3 liter/100 km.
Untuk rekaan luaran, versi terbaru ini nampak lebih premium dengan rekaan gril “diamond” atau krom seperti yang terdapat pada X90 dan S70. Selain itu, lampu hadapan kini didatangkan dengan Daytime Running Lamps dan juga roda aloi bersaiz 19 inci. Wiper hadapan juga kini boleh mengesan hujan secara automatik dan akan terpasang sendiri.
Beralih kepada rekaan dalaman, perubahan paling ketara dapat dilihat iaitu sistem infotainment bersaiz 12.3 inci, tempat duduk dibalut oleh kulit Nappa berwarna kelabu batu (varian Premium dan Premium X), 72 warna pilihan ambient lighting yang boleh mengikut rentak muzik dan Proton Link yang kini telah dipertingkatkan di mana kini boleh menghidupkan enjin & menyejukkan kereta dari jarak jauh.
Selain itu, prestasi pemanduan juga telah dipertingkatkan dengan sistem ADAS tahap 2 untuk keselamatan dan keselesaan yang lebih baik iaitu:
Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red dan istimewanya kali ini Marine Blue. Pakej waranti Standard bagi pelanggan adalah seperti yang berikut:
Sebagai tanda penghargaan Proton kepada pelanggan, Proton menawarkan harga dan pakej istimewa bagi 3,000 pelanggan yang membuat tempahan awal X70 2025 seperti yang berikut: