NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Selangor Terima Tesla Melabur Dalam Pusat R&D di Malaysia – Sesi Perjumpaan MITI Bersama Wakil Tesla pada 22 Ogos

Selangor Terima Tesla Melabur Dalam Pusat R&D di Malaysia – Sesi Perjumpaan MITI Bersama Wakil Tesla pada 22 Ogos

Selangor mengalu-alukan kedatangan Tesla untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia kerana ibu pejabat Tesla sudah tersedia ada di Cyberjaya, Selangor.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Tesla sedang merancang untuk menambah stesen pengecasan yang sedia ada di Malaysia dan membuka sektor perkilangan pada masa akan datang.

“Ibu pejabat, mereka sudah buka. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia, jadi yang lain-lain itu kalau ada keperluan R&D kita alu-alukan.

“Kita ada banyak lagi (pelaburan) dan sekarang kita sudah terjun dalam semikonduktor, tapak di Sepang dan beberapa tempat kita fokuskan persediaan untuk semikonduktor ataupun industri lain,” katanya.

Memetik dari laporan Berita Harian, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengadakan perjumpaan bersama dengan wakil Tesla dari Amerika Syarikat untuk membincangkan rancangan selanjutnya tentang pelaburan mereka di Malaysia.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Tesla sebelum ini menyetujui untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sektor lain yang berkaitan.

 

Sumber : Berita Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy