Serentak dengan pelancaran Lotus Emeya, Lotus Cars Malaysia juga telah merasmikan pembukaan ruang pameran perdana Lotus Cars Malaysia di Kuala Lumpur yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.
Berkeluasan sebanyak 1,765 kaki persegi, Lotus Kuala Lumpur ini terletak di 24, Jalan Juruhebah U1/50, Temasya Industrial Park, 40150 Section U1, Shah Alam, Selangor. Ini menunjukkan usaha Lotus Malaysia untuk mengukuhkan rangkaian jualan Lotus di Malaysia dan merupakan ruang pamerannya yang kedua setelah pembukaan ruang pameran di Pavilion Damansara Heights pada bulan Februari tahun ini.
Selain dari ruang pameran, ruang pameran ini turut dilengkapi dengan dua ruang khas untuk penyerahaan kenderaan, ruang rehat untuk pelanggan, bahagian khas untuk jualan barang cenderamata Lotus dan sebuah ruang konfigurator yang membolehkan para pembeli memilih pelbagai peralatan dan aksesori tambahan untuk kenderaan yang akan dibeli.
Para pelanggan juga berpeluang menaik taraf kenderaan mereka dengan Pek Pengendalian Dinamik Lotus (Lotus Dynamic handling Pack) yang didatangkan dengan ciri-ciri kawalan stereng 4-roda (4-wheel steer capabilities) dan Bantuan Pemanduan (Driving Aid) tambahan seperti Pek Parkir (Parking Pack) dan Pek Bantuan Lebuhraya (Highway Assist Pack).
Lotus Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.