Proton X70 2025 telah pun dilancarkan semalam dengan harga dikekalkan iaitu bermula dari RM98,800 sehingga RM126,800. Pelbagai ‘jajan’ dan penambah baikan telah diberikan oleh Proton kali ini meskipun harga masih dikekalkan.
Apa yang menarik pada model kali ini adalah sudah semestinya sambungan Android Auto dan Apple CarPlay kerana model ini bakal menjadi model pertama Proton yang mempunyai peningkatan ini.
Berdasarkan tinjauan kami juga, rata-rata meluahkan rasa gembira dengan pengumuman ini sehingga ada yang mengatakan ini adalah deal breaker yang membuatkan mereka berminat dengan Proton X70 ini.
Walau bagaimanapun, Timbalan CEO Proton, Encik Roslan Abdullah, semalam telah mengumumkan bahawa sambungan Android Auto dan Apple CarPlay masih lagi sedang diproses dan belum lagi tersedia ada buat masa ini.
Namun, beliau menegaskan bahawa ia akan tersedia ada tidak lama lagi dan Proton akan mengumumkan kepada pelanggan secepat yang mungkin selepas pelancaran ini.
Memandang sudut positif, antara peningkatan lain yang ada pada Proton X70 2025 kali ini adalah:
1. Proton Link kini boleh menghidupkan enjin & menyejukkan kereta dari jarak jauh
2. Tempat duduk dibalut oleh kulit Nappa berwarna kelabu batuĀ
3. 72 warna pilihan ambient lighting
4. Sistem keselamatan ADAS Tahap 2
5. Penggunaan bahan api pada 7.3 liter/100 kmĀ
Wang rebat sebanyak RM7,000 akan diberikan kepada 3,000 pelanggan terawal yang membuat tempahan. Favourite kami sudah semestinya varian Premium dalam warna Ruby Red. Anda bagaimana?