Tempahan GWM Haval H6 Hybrid Dibuka, Anggaran Harga RM145,000 – Model CKD Pertama dari GWM

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah membuka tempahan model ketiga mereka pada tahun ini, Haval H6 Hybrid yang dijangka akan dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia tak lama lagi. Dengan anggaran harga di bawah RM145,000 (on-the-road tanpa insurans), SUV segmen-C ini akan menjadi model CKD pertama GWM di Malaysia.

Menurut laporan dari Paultan, pada mulanya, dua varian telah dicadangkan untuk dibawa masuk ke pasaran Malaysia iaitu varian Standard dan spesifikasi tertinggi namun telah disahkan bahawa hanya satu varian akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia sama ada varian Ultra atau pun varian dengan spesifikasi tertinggi.

Ia didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbocaj empat-silinder petrol yang mampu menjana kuasa sebanyak 150 PS dan 230 Nm tork manakala digandingkan bersama dengan motor elektrik, mampu menjana kuasa sebanyak 177 PS dan 300 Nm tork.

Pelanggan yang membuat tempahan model ini sebelum pelancaran rasmi akan mendapat nilai eksklusif RM3,000 dengan yuran tempahan RM1,000 dan waranti enjin selama 10 tahun/1 juta km had batu. Selain itu, waranti sistem HEV termasuk Dedicated Hybrid Transmission (DHT), Bateri Voltan Tinggi dan Kabel, serta Unit Kawalan Transmisi selama 8 tahun/1 juta km had batu juga akan diberikan kepada pemilik.

Sebelum pelancaran rasmi model ini, GWM Malaysia akan mengadakan roadshow di 5 lokasi pusat beli-belah terpilih di seluruh Malaysia sepanjang bulan September ini. Berikut adalah lokasi dan tarikh roadshow tersebut:

Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut untuk melihat sendiri reka bentul Haval H6 Hybrid ini dan membuat tempahan untuk menikmati segala faedah eksklusif yang ditawarkan oleh GWM sebelum pelancaran atau layari laman web rasmi GWM Malaysia di https://www.gwm.com.my/

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD