Chery Malaysia Rai Pembukaan Rasmi Pusat 4S Baru di Seremban

Chery Malaysia telah melancarkan pembukaan ruang pamerannya dan pusat servis yang diuruskan sepenuhnya oleh Taycn Kredit Sdn Bhd, rakan pengedarnya di Negeri Sembilan.

Berkeluasan sebanyak 1317 meter persegi, pusat 4S baru ini terletak di Lot 2413, Pekan Rahang Baru, Jalan Tampin, Seremban, Negeri Sembilan. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan 4 ruang servis yang akan diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery bagi memastikan semua kenderaan pelanggan dapat diselenggara dengan baik.

Sejak pra-pelancaran Chery Seremban pada tahun 2023, pusat 4S ini telah membantu kami untuk memenuhi kehendak pelanggan di Seremban dan juga pelanggan yang ulang-alik di antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk bekerja. 

“Chery Seremban memainkan peranan yang penting untuk menyokong pertumbuhan negeri di dalam sektor automotif, diikuti dengan Chery Nilai yang telah memulakan operasi pada bulan Mei yang lalu, telah menguatkan lagi kehadiran Chery di Negeri Sembilan,” kata Pengarah Rangkaian Chery Malaysia, Soon Boon Ping semasa pelancaran cawangan tersebut.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat), 9 pagi hingga 5 petang (Sabtu) dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad) manakala pusat servis dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

Setakat ini, 2 ruang pameran dan 2 pusat servis telah beroperasi di Negeri Sembilan oleh Chery, bersama dengan sebuah pusat badan dan cat untuk memenuhi kehendak pelanggan di negeri tersebut.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD