Sime Darby Motors akan melancarkan varian baharu, kenderaan elektrik (EV) terlaris di Malaysia iaitu BYD Seal Dynamic pada 6 September ini ke dalam pasaran Malaysia.
Menurut laporan dari Paultan, varian Dynamic adalah varian paling rendah di mana tujahan kuasa dan tork yang dihasilkan adalah yang paling rendah serta mempunyai jarak terpendek di antara varian lain.
Untuk varian Dynamic, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 204 PS dan 310 Nm tork. Untuk jarak sejauh 460 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 61.4 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 7.5 saat.
Berbanding dengan varian lain, varian Premium mampu menghasilkan 312 PS dan 360 Nm tork. Untuk jarak sejauh 650 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 5.9 saat.
Bagi varian Performance pula, ia didatangkan dengan spesifikasi dual-motor powertrain yang mampu menghasilkan 390 PS dan 670 Nm tork. Untuk jarak sejauh 580 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 3.8 saat.
Selain dari output yang rendah dan bateri yang kecil, varian Dynamic juga akan menerima tayar bersaiz 18 inci. Bagi spesifikasi lain, jangkakan teknologi dan peralatan yang rendah berdasarkan harga jualan yang akan didedahkan nanti ketika pelancaran rasmi.
BYD Seal boleh didapati dalam varian Premium dan Performance, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800 (on-the-road tanpa insurans). Jika ini adalah varian paling rendah, kami menjangkakan perbezaan harga sebanyak RM20,000 iaitu pada RM159,800 bagi varian Dynamic ini.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?